Gua Altamira
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gua Altamira (Sepanyol: Cueva de Altamiracode: es is deprecated Sebutan Sepanyol: [ˈkweβa ðe altaˈmiɾa]) ialah sebuah kompleks gua berdekatan petempatan Santillana del Mar di Cantabria, Sepanyol. Gua ini dikenali kerana memiliki lukisan gua prasejarah yang menampilkan lukisan arang dan polikrom haiwan dan tangan manusia. Lukisan terawal ditarikh pada Paleolitik Atasan sekitar 36,000 tahun lalu.[1] Tapak ini dijumpai Modesto Cubillas pada 1868 dan dikaji oleh Marcelino Sanz de Sautuola.[2]
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | Cueva de Altamira |
Sebahagian dari | Gua Altamira dan Seni Gua Paleolitik Sepanyol Utara |
Inskripsi | 1985 (sesi ke-9) |
Keluasan | 0.32, 16 he (34,000, 1,722,000 ka2) |
Zon penampan | 16 he (0.062 bt2) |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Santillana del Mar, Cantabria, Sepanyol |
Koordinat | 43°22′57″N 4°7′13″W |
sunting · sunting di Wikidata |
Di samping kualitinya yang menonjol, kemasyhuran Altamira juga berasaskan fakta bahawa lukisan ini merupakan lukisan gua Eropah pertama yang disahkan memiliki usul prasejarah. Sautuola menerbitkan kajiannya dengan dukungan Juan de Vilanova y Piera pada 1880 dengan sambutan awam.
Namun begitu, penerbitan kajiannya menerbitkan kontroversi dalam kalangan pakar, dengan sesetengah pakar menolak usul prasejarah lukisan itu berdasarkan tanggapan bahawa manusia prasejarah tidak memiliki daya pemikiran abstrak. Isu ini berlarutan hingga 1902 dengan penemuan-penemuan serupa di kawasan sekitar, menyebabkan bukti mereka tidak boleh ditolak.[3]
Altamira terletak di kawasan Franco-Cantabria dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1985 sebagai tapak utama Gua Altamira dan Seni Gua Paleolitik Sepanyol Utara.[4] Gua ini tidak lagi dibuka bagi lawatan orang awam, tetapi sebuah replika telah dibina di sana.