Lukisan gua
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lukisan gua ialah seni berupa lukisan yang dijumpai di dinding dan lelangit gua terutamanya yang dikaji terhasil dari petempatan manusia zaman prasejarah atau paleolitik. Lukisan-lukisan sebegini sering dihasilkan dengan bentuk kesan tangan yang disembur atau disemperutkan pigmen mahupun bentuk geometrik yang ringkas.[1] Sesetengah teori memegang bahawa lukisan gua mungkin merupakan cara komunikasi dengan yang lain, sementara teori dianggap bertujuan agama atau upacara.
Lukisan-lukisan jenis ini yang tertua dtemukan di beberapa tempat seluruh dunia: satu bertarikh dari lebih 44,000 tahun lalu di kawasan merangkumi timur benua Eropah dari Aquitaine-Provence di selatan Perancis ke Asturias utara Sepanyol; seberapa lagi didapati dalam gua sebuah perbukitan terpencil tidak jauh dari Maros selatan pulau Sulawesi di Asia Tenggara berusia sekurang-kurangnya lebih 45,500 tahun dahulu.[2][3][4]