Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB
agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pendidikan, sains dan kebudayaan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Jawi: ڤرتوبوهن ڤنديديقن⹁ ساءينس دان کبوداياءن ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتوcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: UN Educational, Scientific and Cultural Organization, dipendekkan sebagai UNESCO; Jawi: يونيسکوcode: ms is deprecated ) ialah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1945. Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | UNESCO |
Jenis/bentuk sah | Agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pertubuhan antarabangsa, pertubuhan antara kerajaan, pertubuhan |
Keanggotaan | 193 negara (2019) |
Anggota bagi | Global Citizen Science Partnership (2022) |
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Rusia, bahasa Arab, bahasa Cina |
Tapak web | en |
Sejarah | |
Pendahulu | International Committee on Intellectual Cooperation |
Ditubuhkan | 16 November 1945 |
Pengurusan | |
Pengerusi | Audrey Azoulay |
Pertubuhan induk | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Subsidiari | UNESCO Chair on Cyberspace and Culture, Scientific Committee on Problems of the Environment, Institut UNESCO bagi Perangkaan, Iranian National Commission for UNESCO, Hylean Amazon Institute |
Anugerah | |
Anugerah Peabody (1958) | |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Paris |
Lokasi | |
Koordinat | 48°51′N 2°18′E |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
sunting · sunting di Wikidata |
Secara keseluruhannya, sebanyak 191 buah negara telah menyertai UNESCO. Organisasi ini berpusat di Paris, dengan lebih 50 pejabat setempat dan beberapa institusi diseluruh dunia. Lima program utama UNESCO adalah: pendidikan, sains semula jadi, sains manusia dan sosial, kebudayaan, dan komunikasi dan maklumat. Projek yang menerima penajaan UNESCO termasuklah kemahiran menulis dan membaca, teknikal, dan program latihan kepada guru-guru; program sains antarabangsa; promosi kebebasan bersuara dan media yang bebas; projek sejarah kebudayaan setempat, promosi kepelbagaian budaya didunia; perjanjian kerjasama antarabangsa untuk kebudayaan dunia dan warisan semulajadi dan untuk memelihara hak asasi manusia; dan percubaan untuk menyatukan rangkaian antarabangsa.