Tunjuk Perasaan Sri Lanka 2022 merupakan siri bantahan oleh parti politik pembangkang dan pelbagai tunjuk perasaan bukan kepartisan terhadap kerajaan Presiden Gotabaya Rajapaksa yang dituduh salah urus ekonomi dan menghasilkan krisis ekonomi dengan inflasi yang teruk, gangguan bekalan elektrik, kekurangan bahan api dan barang keperluan. Penunjuk perasaan menuntut kerajaan Rajapaksa segera meletakkan jawatan. [6] [7] Kebanyakan penunjuk perasaan tidak sehaluan dengan mana-mana parti politik, dan terdapat juga yang menyatakan rasa ketidakpuasan hati dengan pembangkang politik. [8]
Fakta Segera Tarikh, Lokasi ...
Tunjuk perasaan Sri Lanka 2022 |
---|
Tarikh | 16 March 2022-ongoing |
---|
Lokasi | |
---|
Punca |
- Salah urus ekonomi oleh kerajaan yang mengakibatkan krisis ekonomi Sri Lanka (2019–sekarang)
- Gangguan bekalan elektrik
- Kekurangan bahan api dan barang keperluan harian
- Inflasi tinggi dan kenaikan kos sara hidup
- Rasuah dan nepotisme keluarga Rajapaksa[1]
|
---|
Matlamat |
- Resignation of president Gotabaya Rajapaksa and the Rajapaksa administration
|
---|
Kaedah | Tunjuk perasaan, aktivisme Internet, rusuhan |
---|
Status | Berterusan
- Pengisytiharan darurat
- Mengenakan perintah berkurung di seluruh negara
- Sekatan akses ke atas media sosial
- Peletakan jawatan beramai-ramai kabinet Gotabaya Rajapaksa Kedua
|
---|
|
Protesters and opposition organizations:
- Parti Politik
- Samagi Jana Balawegaya
- Tamil National Alliance
- National People's Power
- Janatha Vimukthi Peramuna
- Diaspora Sri Lanka di Australia and New Zealand
- Diaspora Tamil Sri Lanka
- Pelajar universiti
- Pemandu bas swasta
- Ramai penunjuk perasaan yang tidak berpolitik dan tidak berpartisan
|
|
|
|
Largely unorganized and decentralized leadership.
- Sajith Premadasa
- Sarath Fonseka
- Patali Champika Ranawaka
- Anura Kumara
|
|
|
|
50 penunjuk perasaan cedera [2]600 arrested [3]1 died [4] |
24 anggota polis cedera [5] |
|
Tutup
Penunjuk perasan menyasarkan ahli keluarga Rajapaksa dan ahli politik kerajaan. Kerajaan pula menggunakan kaedah autoritarian seperti mengenakan darurat yang membolehkan tentera menangkap orang awam, mengenakan perintah berkurung, menyekat media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Instagram, Viber dan YouTube, menyerang penunjuk perasaan dan wartawan serta menangkap aktivis yang aktif secara dalam talian. [9] [10] [11] Langkah-langkah ini menyebabkan populariti kerajaan menurun dan diaspora Sri Lanka memulakan demonstrasi menentang penindasan hak asasi manusia. [12] [13] Sekatan media sosial juga menjadi memakan diri kerana penggunaan VPN yang berat oleh rakyat Sri Lanka menyebabkan #GoHomeRajapaksas, #GoHomeGota menjadi trend di negara seperti Amerika Syarikat, Singapura dan Jerman dan sekatan itu ditarik balik pada hari yang sama. suruhanjaya Hak Asasi Manusia Sri Lanka kemudianya mengecam tindakan tersebut dan memanggil pegawai bertanggungjawab yang menyekat dan melakukan kekejaman terhadap penunjuk perasaan. [14] [15]
Pada 3 April 2022, kesemua 26 anggota kabinet Gotabaya Rajapaksa Kedua kecuali Perdana Menteri Rajapaksa meletakkan jawatan secara beramai-ramai. [16] [17]