Aktivisme Internet
From Wikipedia, the free encyclopedia
Aktivisme Internet ialah penggunaan alatan teknologi komunikasi elektronik seperti media sosial dan e-mel dalam pelbagai bentuk aktivisme untuk membolehkan komunikasi yang lebih pantas dan berkesan oleh gerakan sivil, penyampaian maklumat secara efektif kepada kelompok besar dan terkhusus. Teknologi Internet digunakan bagi kutipan dana khalayak, pembangunan masyarakat, pelobian, dan pengurusan organisasi. Kempen aktivisme digital merupakan "usaha awam yang teratur yang membuat tuntutan kolektif terhadap pihak berkuasa sasaran, di mana pemula atau penyokong sivil menggunakan media digital."[1] Penyelidikan telah mula menghurai secara khusus bagaimana kumpulan aktivis serta penyokong di tempat-tempat seperti Amerika[2] dan Kanada[3] menggunakan media sosial untuk mencapai objektif aktivisme digital.
Aktivisme Internet telah menyebabkan peningkatan tindakan kolektif dalam kalangan masyarakat seperti yang diketengahkan oleh Postmes dan Brunsting (2002), yang menemui kecenderungan dalam kalangan pengguna Internet untuk bergantung pada keanggotaan kumpulan yang diinternalisasi serta identiti sosial untuk mencapai penglibatan sosial secara dalam talian.[4] Internet "dibuat khusus kepada gerakan populis dan pemberontak," kata Joe Trippi[5] yang menguruskan kempen kepresidenan Howard Dean pada 2004.