Sistem Hiburan Super Nintendo
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sistem Hiburan Super Nintendo, biasanya dipendekkan sebagai Super Nintendo, Super NES, atau SNES, adalah konsol permainan video rumah 16-bit yang dibangunkan oleh Nintendo. Konsol ini dilancarkan pada tahun 1990 di Jepun dan Selatan Korea,[13] tahun 1991 di Amerika Utara, tahun 1992 di Eropah dan Oceania, serta tahun 1993 di Amerika Selatan. Di Jepun, konsol ini dikenali sebagai Super Famicom (SFC), manakala di Korea Selatan dipanggil sebagai Super Comboy dan diedarkan oleh Hyundai Electronics.[14] Sistem ini diperkenalkan di Brasil pada 30 Ogos 1993,[13][15] oleh syarikat Playtronic. Walaupun setiap versi pada dasarnya sama, beberapa jenis kunci wilayah menghalang kad untuk satu versi daripada dapat digunakan dalam versi yang lain.
Pembangun | Nintendo R&D2 |
---|---|
Pengilang | Nintendo |
Jenis | Home video game console |
Generasi | Fourth |
Tarikh jualan | |
Ketersediaan runcit | 1990–2005[7] |
Harga pengenalan | ¥25,000Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali AS$199 ($320.84 in 2024) |
Ditamatkan | |
Bil. dijual |
|
Media | ROM cartridge |
CPU | Ricoh 5A22 @ 3.58 MHz |
Bunyi | Nintendo S-SMP |
Perkhidmatan dalam talian | Satellaview (Japan only) XBAND (US and Canada only) Nintendo Power (Japan only) |
Permainan terlaris |
|
Pendahulu | NES |
Pengganti | Nintendo 64 |
Super NES ialah konsol permainan video rumah kedua yang dikeluarkan oleh Nintendo, setelah Nintendo Entertainment System (NES). Konsol ini memperkenalkan kemampuan grafik dan audio yang canggih jika dibandingkan dengan sistem lain pada masa itu. Ia direka bentuk untuk menampung perkembangan berterusan pelbagai cip peningkatan yang disatukan ke dalam kartij permainan untuk bersaing dengan generasi akan datang.
Super NES menerima sebahagian besar ulasan positif dan menjadi kejayaan global, menjadi konsol terlaris dalam era 16-bit selepas dilancarkan agak lewat dan menghadapi persaingan sengit dengan konsol Sega Genesis di Amerika Utara dan Eropah. Walaupun tumpang tindih dengan penjualan NES yang mencapai 61.9 juta unit, Super NES tetap popular hingga era 32-bit, dengan 49.1 juta unit terjual di seluruh dunia sebelum dihentikan pada tahun 2003. Konsol ini terus menarik minat penggemar dan pemain retro, dengan adanya permainan buatan sendiri yang baru dan versi semula yang diilhami oleh Nintendo, seperti pada Konsol Maya, Edisi Klasik Super NES, Nintendo Switch Online; dan beberapa emulator non-konsol yang berfungsi pada komputer meja atau peranti mudah alih, seperti Snes9x.