Nintendo Entertainment System
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nintendo Entertainment System (sering disingkatkan sebagai NES[8] atau cuma Nintendo) merupakan sebuah konsol permainan video 8-bit yang dikeluarkan oleh Nintendo di Amerika Utara, Brazil, Eropah dan Australia pada 1985. Di sebahagian besar Asia, termasuk Jepun (di mana ia dilancarkan pada 1983), Filipina, Taiwan, Vietnam dan Singapura, ia dipasarkan sebagai Family Computer (ファミリーコンピュータcode: ja is deprecated , Famirī Konpyūta), juga dikenali sebagai Famicom (ファミコンcode: ja is deprecated , Famikon) listen (bantuan·maklumat) atau cuma FC. Di Korea Selatan, perkakasan ini dilesenkan kepada Hyundai Electronics, yang memasarkannya sebagai Comboy (컴보이).[9]
Pengilang | Nintendo |
---|---|
Jenis | Konsol permainan video |
Generasi | Generasi ketiga (era 8-bit) |
Ketersediaan runcit | |
Bil. dijual | 61.9 juta (setakat 31 Mac 2006)[2][3] |
Media | Kartrij ("Game Pak")[4] |
CPU | Pemproses Ricoh 2A03 8-bit (teras MOS Technology 6502) |
Input pengawal | 2 port pengawal[5] 1 slot tambah |
Permainan terlaris | Super Mario Bros. (disertakan), 40.23 juta (setakat 1999)[6] Super Mario Bros. 3, 18 juta (setakat 21 Mei 2003)[7] |
Pendahulu | Permainan TV Warna |
Pengganti | Super Nintendo Entertainment System |
NES merupakan konsol permainan paling laris pada zamannya di Asia dan Amerika Utara[10] (Nintendo mendakwa telah menjual sebanyak 61.9 juta unit NES di seluruh dunia),[2][3] dan merupakan konsol permainan video Nintendo paling laris sehingga kini. NES juga membantu mencergaskan semula industri permainan video AS selepas kejatuhan permainan video di sana pada 1983.[11]