Perpustakaan Negara Algeria
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perpustakaan Negara Algeria (Bahasa Arab: المكتبة الوطنيّة الجزائريّة) telah wujud sejak kemerdekaan pada tahun 1960-an dan telah dimodenkan selepas pada tahun 1835 sebuah perpustakaan pentadbiran yang besar telah dibangunkan oleh Perancis yang menjajah Algeria ketika itu. Bangunan baru telah dibina pada tahun 1990-an untuk menempatkan berjuta koleksi Perpustakaan dan juga untuk mengembangkan perkhidmatan Perpustakaan. Keperlukan maklumat saintifik dan teknikal ditentukan oleh dua organisasi iaitu Pusat Maklumat Teknikal dan Sains dan Pemindahan Teknologi; serta Pusat Pendokumentasian Sosial dan Ekonimi Kebangsaan, yang dibina pada tahun 1971 untuk memastikan pemilihan dan pengindeksan dokumen automatik mengenai pembangunan sosial dan ekonomi negara dan pengumpulan statistik.[2]
National Library of Algeria المكتبة الوطنيّة الجزائريّة | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Perpustakaan negara |
Ditubuhkan | 1835 |
Laman sesawang | www |
Koleksi | |
Saiz koleksi | 1.270.000:[1] |
Lokasi | |
Koordinat | 36°47′09″N 03°03′39″W |
Negara | Algeria |
Lokasi | Algiers |
sunting · sunting di Wikidata |
Ia mempunyai luas permukaan 67000m² dan direka untuk menempatkan lebih daripada 10 juta buku. Ia boleh menampung lebih daripada 2500 pembaca pada satu masa. Ia adalah pusat penyerahan terbitan dan hak cipta untuk Algeria.