Algiers
From Wikipedia, the free encyclopedia
Algiers (Arab: الجزائرcode: ar is deprecated , Al Jaza'ir IPA: [ɛlʤɛˈzɛːʔir], Perancis: Algercode: fr is deprecated [ɑlʒe]) ialah ibu negara Algeria. Bandar terbesar di Algeria ini merupakan bandar kedua terbesar di Afrika Utara selepas Casablanca di Maghribi. Penduduknya berjumlah 3,518,083 dan wilayah Algiers seramai 5,723,749 (2006).
Algiers
| |
---|---|
Koordinat: 36°45′14″N 3°3′32″E | |
Negara | Algeria |
Wilayah | Wilayah Algiers |
Daerah | Daerah Sidi M'Hamed |
Pentadbiran | |
• Wali (Gabenor) | Ahmed Maâbed (sejak 2021) |
Keluasan | |
• Ibu negara | 363 km2 (140 batu persegi) |
• Metro | 1,190 km2 (460 batu persegi) |
Aras tertinggi | 424 m (1,391 ft) |
Aras Terendah | 2 m (7 ft) |
Penduduk | |
• Ibu negara | 4,510,000 |
• Kepadatan | 12,424/km2 (32,180/batu persegi) |
• Kepadatan metro | 7,012/km2 (18,160/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+01:00 (CET) |
Poskod | 16000–16132 |
Kod kawasan | (+213) 021 |
Iklim | Csa |
Bandar Algiers terletak di barat Laut Mediterranean. Dalam bahasa Arab disebut al Jaza'ir, yang bermaksud pulau-pulau iaitu empat buah pulau yang menjadi sebahagian tanah daratan pada 1525. Peta dunia lama yang dilukis oleh al-Idrisi dan Yaqut al-Hamawi telah mencatat akan kewujudan bandar Algiers. Bandar Algiers dibina di kawasan rata di tepi pantai menghadap mulut Laut Mediterranean. Di belakangnya ada bukit curam membentuk seperti kubu-kubu setinggi 122 meter. Casbah pula membentuk pangkalan tiga segi.