Ma Zhongying
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ma Zhongying, dikenali juga sebagai Ma Chung-ying (Cina Mudah: 马仲英; Cina Tradisional: 馬仲英; Pinyin: Mǎ Zhòngyīng; Wade–Giles: Ma Chung-ying) (c. 1910 - 1936?) merupakan panglima perang Cina Muslim Dungan dan merupakan panglima perang dari Gansu dalam tahun 1930-an. Beliau bergabung dengan Kuomintang, dimana beliau berjuang bersama Divisyen ke-36 sebagai komander, untuk menguling Jin Shuren, Gabenor Xinjiang. Selepas, beberapa kemenangan ke atas wilayah-wilayah di China, dan tentera Rusia Putih, Ma Chung-ying cuba untuk mengembang wilayah jajahan beliau ke selatan Xinjiang dengan melancar kempen dari kubu kuasanya dia Gansu, tetapi ia dihentikan oleh Sheng Shicai, panglima Xinjiang, sedikit demi sedikit pada tahun 1934.
Fakta Segera Nama samaran, Kelahiran ...
Ma Zhongying | |
---|---|
Nama samaran | Ga Ssu-ling (" Jeneral Kecil" atau "Komander Kecil")[1] atau "Kuda Besar"[2] |
Kelahiran | 馬仲英 1910 Daerah Linxia, Gansu |
Kesetiaan | Republik China |
Tahun perkhidmatan | 1929-1934 |
Pangkat | Jeneral |
Unit | Division ke-36 (Tentera Revolusi Kebangsaan) |
Arahan | Ketua Division ke-36 (Tentera Revolusi Kebangsaan) |
Pertempuran | Perang Central Plain, Pemberontakan Kumul, Perang Pertama Urumqi (1933), Pencerobohan Soviet di Xinjiang, Perang Kashgar (1934) |
Tutup