Republik China di Taiwan
From Wikipedia, the free encyclopedia
"Taiwan" serta "Wilayah Taiwan" dilencong ke rencana ini. Rencana ini berkaitan dengan kerajaan yang memerintah Pulau Taiwan. Untuk istilah lain di bawah nama yang sama, sila lihat Taiwan (nyahkekaburan)
- Jangan terkeliru dengan Republik Rakyat China
Republik China - Taiwan (ريڤوبليقك چينا - تايوان) 中華民國code: zh is deprecated Zhōnghuá Mínguó | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: San Min Chu-i (Lagu Kebangsaan Negara) | |||||
Mohor negara: | |||||
Ibu negara | Taipei | ||||
Bandar terbesar | Bandar Taipei Baru | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Cina, Mandarin | ||||
Kerajaan | Republik Semi-presiden | ||||
• Presiden | Tsai Ing-wen | ||||
• Naib Presiden | William Lai | ||||
• Perdana Menteri | Chen Chien-jen | ||||
• Naib Perdana Menteri | Shen Jong-chin | ||||
Penubuhan | |||||
• Pengisytiharan kemerdekaan | 10 Oktober 1911 | ||||
• Pengisytiharan Republik | 1 Januari 1912 | ||||
• Pemindahan ke Taiwan | 7 Disember 1949 | ||||
10.34 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2022 | 23 264 640[1] (ke-47) | ||||
• Bancian Penduduk 2010 | 23 123 866 | ||||
KDNK (PPP) | 2021 | ||||
• Jumlah | $1.404 trillion (ke-19) | ||||
$59,397 (ke-13) | |||||
HDI (2004) | 0.925 sangat tinggi · tinggi | ||||
Mata wang | Dolar Taiwan Baru ( TWD ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (CST) | ||||
tiada | |||||
Kod panggilan | 886 | ||||
Kod ISO 3166 | TW | ||||
DPT internet | .tw |
"Republik China" dilencong ke rencana ini selaras dengan persetujuan untuk membahagikan rencana itu kepada dua iaitu satu adalah rencana ini dan satu lagi adalah Republik China (1911-1949). Ini adalah kewujudan Republik China pada satu masa bukanlah di Taiwan tetapi di tanah besar China sebelum tahun 1949
Republik China atau dikenali sebagai Taiwan (Cina Tradisional: 中華民國code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 中华民国code: zh is deprecated , pinyin: Zhōnghuá Mínguó Wade-Giles: Chung¹-hua² Min²-kuo², Tongyong Pinyin: JhongHuá MínGuó, Dialek Taiwan: Tiong-hoâ Bîn-kok) merupakan pulau yang terletak di tenggara China. Taiwan memerintah Kepulauan Pescadores, Quemoy, dan Kepulauan Matsu. Dalam Bahasa Melayu, seperti juga di dalam Bahasa Cina, nama 台灣code: zh is deprecated "Taiwan" digunakan untuk merujuk kepada Taiwan dan orangnya biasanya dipanggil orang Taiwan (台灣人code: zh is deprecated Táiwān rén). Walaupun "Republik China Taiwan" adalah nama formal, perkataan "China" itu sendiri sekarang biasanya merujuk kepada tanah besar China yang pemerintahannya diambil-alih oleh Republik Rakyat China selepas berakhirnya pemerintahan kerajaan Republik China pada tahun 1949. Lihat Republik China (1911-1949) dan Perang Saudara Cina untuk keterangan lanjut.
Republik China (ROC) itu sendiri bermula di tanah besar China, selepas penggulingan pemerintahan Dinasti Qing pada tahun 1912 menandakan penamatan 2,000 tahun pemerintahan bermaharaja. Kewujudan ia di tanah besar China adalah secara kewujudan panglima perang, Pencerobohan Jepun, dan perang saudara. Pemerintahannya di tanah besar tamat pada tahun 1949 apabila Parti Komunis China menggulingkan pemerintahan Parti Negara China (juga dikenali sebagai Kuomintang). Lihat Republik China (1911-1949)
Kerajaan ROC berpindah ke pulau Taiwan dan mendirikan ibu negara sementaranya di Taipei dimana ia terus menggangap dirinya sebagai satu-satunya kerajaaan keseluruhan China termasuk tanah besar yang sah. Pada masa yang sama, komunis di tanah besar mengishtiharkan kewujudan Republik Rakyat China dan mendakwa menjadi negara suksesor kepada ROC di seluruh negara China (termasuk Taiwan) dan kerajaan Nationalis di Taiwan tidak sah. Daripada pengasasannya sehinggalah pemindahannya ke pulau Taiwan, Republik China telah dikatakan sebagai satu produk Kuomintang (KMT)—sebuah parti politik yang wujud hasil revolusi yang telah mengasaskan Republik, sekalipun parti itu tidak lagi memerintah di Taiwan.
Kerajaan Republik China kini telah mengukuhkan kedudukannya di Taiwan dan menjadi sebati dengan Taiwan. Oleh sebab ini, ia tidak lagi menuntut hak pemerintahan di tanah besar China dan Mongolia. Dewan Undangan Nasional (yang tidak lagi wujud) juga telah meluluskan pindaan perlembagaan memberi penduduk Taiwan, Pescadores, Quemoy, dan Matsu satu-satunya hak memerintah republik melalui pilihanraya melantik Presiden dan keseluruhan Legislatur bersama dengan pilihanraya meluluskan pindaan pada perlembagaan Republik China. Ini menandakan bahawa kerajaan Republik mengakui bahawa hak pemerintahannya terbatas kepada kawasan tahlukannya sahaja. Reformasi yang dimulai oleh Republik di Taiwan pada tahun 1980-an dan tahun 1990-an telah mengubah Taiwan dari satu diktatorship pemerintahan satu parti ke suatu demokrasi.
Meskipun Perang Dingin telah tamat, status politik Taiwan terus menjadi suatu isu hangat pada kedua-dua belah selat Taiwan. Kerajaan Republik adalah salah satu daripada pengasas utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan salah satu daripada anggota Majlis Keselamatan yang berstatus tetap yang asal. Akan tetapi, pada tahun 1971, kerajaan ini yang hanya memeritah Taiwan sahaja ditendang keluar daripada PBB dan digantikan oleh Republik Rakyat China. Meskipun begitu, kerajaan Republik kini tidak mahu kembali status anggota tetap yang terpaksa dilepaskan pada masa itu. Kini, ia hanya mahu menganggotai PBB sebagai negara yang asing daripada Republik Rakyat China. Ia telah cuba menanggotai PBB dari masa ke semasa akan tetapi gagal setiap kali mencuba kerana penuntutan kerajaan Republik Rakyat keatas Taiwan, pengiktirafan kerajaan Republik di Taiwan oleh kerajaan dunia yang lain terjejas teruk disebabkan Dasar Satu China yang dipromosi oleh kerajaan Republik Rakyat di tanah besar China disamping tekanan ekonomi dan diplomatik negara itu. Kebayakan negara dunia mengubah pengiktirafan mereka ke kerajaan Republik Rakyat di tanah besar pada tahun 1970-an dan kini, Republik China di Taiwan hanya diiktiraf 25 negara sahaja.
Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain. |