Laluan Yamanote
From Wikipedia, the free encyclopedia
Laluan Yamanote (Jepun: 山手線, rumi: Yamanote-sencode: ja is deprecated ) ialah laluan kereta api lingkaran di Tokyo, Jepun, yang dikendalikan oleh Syarikat Kereta Api Jepun Timur (JR East). Laluan ini merupakan laluan tersibuk dan terpenting di Tokyo dengan menghubungkan stesen utama di pusat-pusat bandar di Tokyo, termasuk Marunouchi, kawasan Yūrakuchō/Ginza, Shinagawa, Shibuya, Shinjuku, Ikebukuro dan Ueno. 28 daripada 30 stesen laluan ini bersambung dengan laluan-laluan kereta api lain yang lain.
Laluan Yamanote | |||
---|---|---|---|
JY | |||
Umum | |||
Nama asal | 山手線 | ||
Lokasi | Tokyo, Jepun | ||
Terminal | Shinagawa (lingkaran) | ||
Stesen | 30 | ||
Warna pada peta | (#9acd32) | ||
Operasi | |||
Dibuka | 1 Mac 1885; 139 tahun yang lalu (1885-03-01) | ||
Pemilik | JR East | ||
Pengendali | JR East | ||
Depot | Tokyo General Rolling Stock Centre | ||
Stok kereta api | E235 series | ||
Teknikal | |||
Panjang aliran | 34.5 km (21.4 bt) | ||
Bilangan landasan | Double-track | ||
Tolok landasan | 1,067 mm (3 kaki 6 in) | ||
Pengelektrikan | Templat:1,500 V DC overhead line | ||
Kelajuan operasi | 90 km/j (55 mph) | ||
Kecerunan maksimum | 3.4% | ||
|
Secara dalaman, JR East merujuk "Laluan Yamanote" sebagai koridorlandasan empatan 20.6 km (12.8 bt) antara Shinagawa dan Tabata melalui Shinjuku.[1][2][3] Koridor ini terdiri daripada sepasang trek yang digunakan oleh kereta api tempatan Yamanote dengan sepasang trek lain yang selari dinamakan "Laluan Kereta Api Barangan Angkut Yamanote" yang digunakan oleh kereta api laluan Saikyō dan Shōnan-Shinjuku, beberapa perkhidmatan ekspres terhad dan kereta api barangan angkut.[4] Dalam urusan harian, penamaan laluan ini pada peta dan papan tanda stesen, "Yamanote Line" merujuk kepada perkhidmatan kereta api tempatan yang menjalankan keseluruhan 34.5 km (21.4 bt) laluan lingkaran antara koridor Yamanote melalui Stesen Shinjuku dan bahagian tengah Laluan Utama Tōhoku dan Tōkaidō Melalui Stesen Tokyo. [5] (Artikel ini menggunakan definisi yang sama melainkan dinyatakan sebaliknya.)