King Charles spaniel
baka anjing dari England / From Wikipedia, the free encyclopedia
King Charles spaniel[lower-alpha 1] atau spaniel mainan Inggeris[lower-alpha 2] ialah satu baka anjing daripada jenis spaniel. Pada tahun 1903, The Kennel Club menggabungkan empat baka spaniel mainan berlainan di bawah satu judul tunggal ini. Keragaman lain yang bergabung menjadi baka ini ialah Blenheim spaniel, Ruby spaniel, dan Prince Charles spaniel, setiap satu menyumbangkan salah satu daripada empat warna tersedia pada baka ini.
Nama lain | Spaniel mainan Inggeris Spaniel mainan Charlie Prince Charles spaniel Ruby spaniel Blenheim spaniel | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Great Britain | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Spaniel mainan yang disangkakan berasal dari Asia Timur pertama kali dilihat di Eropah pada abad ke-16. Ia menjadi berkait dengan kerabat diraja Inggeris pada zaman pemerintahan Ratu Mary I dan dimasyhurkan dengan kaitannya dengan Raja Charles II. Anjing baka ini pernah dimiliki oleh Ratu Victoria (Dash) dan cicit baginda Duchess Agung Anastasia Nikolaevna dari Rusia.
King Charles spaniel dan jenis spaniel mainan lain dibiakbakakan secara bersilang dengan pug pada awal abad ke-19 untuk mengurangkan saiz hidungnya mengikuti gaya zaman itu. Pada abad ke-20, terdapat usaha untuk memulihkan susur galur King Charles spaniel kepada baka dari zaman Charles II. Ini termasuk spaniel pemukat mainan yang tidak berjaya dan cavalier King Charles spaniel yang kini popular. Cavalier King Charles spaniel lebih besar sedikit dengan kepala rata dan hidung lebih panjang, sementara King Charles spaniel adalah lebih kecil dengan kepala berkubah dan muka rata.
Dahulu, baka-baka yang bergabung dengan King Charles spaniel digunakan untuk perburuan; kerana tingginya, ia tidak sesuai. Ia telah mengekalkan naluri perburuannya, tetapi tidak mempamerkan paras tenaga tinggi dan lebih sesuai sebagai anjing riba. Baka moden ini terdedah kepada beberapa masalah kesihatan, termasuk keadaan jantung dan pelbagai isu mata.