Mary I dari England
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ratu Mary I (18 Februari 1516 – 17 November 1558) merupakan Ratu England dan Ireland dari Julai 1553 sehinggalah kemangkatan baginda. Ratu Mary I merupakan anakanda sulung kepada Henry VIII dari England dengan Catherine dari Aragon yang satu-satunya hidup sehingga dewasa. Adinda tirinya, Edward VI (anakanda Henry dengan Jane Seymour) mewarisi takhta daripada ayahanda mereka pada 1547. Apabila Edward gering sehingga kemangkatannya pada 1553, baginda cuba untuk menyingkirkan Mary daripada giliran perwarisan kerana perbezaan agama. Selepas mangkat, sepupu mereka disingkirkan dan Lady Jane Grey diangkat sebagai ratu. Mary mengumpulkan kuasa di Anglia Timur dan berjaya menjatuhkan Jane. Pada 1554, Mary mengahwini Philip II dari Sepanyol dan menjadi permaisuri Sepanyol Habsburg.
Mary I | |
---|---|
Ratu England dan Ireland (more...) | |
Pemerintahan | 19 Julai 1553 – 17 November 1558 (5 tahun, 121 hari) |
Kemahkotaan | 1 Oktober 1553 |
Didahului oleh | Jane (dipertikaikan) atau Edward VI |
Diikuti oleh | Elizabeth I |
Raja bersama | Philip |
Permaisuri Sepanyol | |
Tempoh pemegangan | 16 Januari 1556 – 17 November 1558 |
Pemakaman | 14 Disember 1558[1] Westminster Abbey, London |
Pasangan | Philip II dari Sepanyol |
Kerabat | Wangsa Tudor |
Ayahanda | Henry VIII dari England |
Bonda | Catherine dari Aragon |
Tandatangan |
Sebagai pemerintah keempat yang ditabalkan dari wangsa Tudor, baginda diingati kerana membawa kembali mazhab Roman Katolik selepas pemerintahan di bawah mazhab Protestan oleh adinda tirinya. Ketika lima tahun pemerintahan Mary, baginda mengarahkan hukuman pembakaran pada kayu pancang terhadap lebih 280 pengingkar agama dan baginda mendapat gelaran sebagai Mary Berdarah. Pembentukan semula Roman Katolik oleh Mary ditukar semula selepas kemangkatannya pada 1558 oleh adinda perempuan tirinya, Elizabeth I (anakanda Henry dengan Anne Boleyn) pada 1558.