Diego Milito
From Wikipedia, the free encyclopedia
Diego Alberto Milito (lahir 12 Jun 1979) merupakan bekas pemain bola sepak Argentina yang beraksi di posisi penyerang.[2]
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Diego Alberto Milito | ||
Tarikh lahir | (1979-06-12) 12 Jun 1979 (umur 44) | ||
Tempat lahir | Bernal, Argentina | ||
Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in)[1] | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Kerjaya remaja | |||
Racing Club | |||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1999–2003 | Racing Club | 137 | (34) |
2003–2005 | Genoa | 59 | (33) |
2005–2008 | Zaragoza | 108 | (53) |
2008–2009 | Genoa | 31 | (24) |
2009–2014 | Internazionale | 128 | (62) |
2014–2016 | Racing Club | 52 | (18) |
Jumlah | 515 | (224) | |
Pasukan kebangsaan | |||
2003–2011 | Argentina | 25 | (4) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22 Mei 2016 |
Milito memulakan kariernya di Argentina bersama kelab Racing Club pada tahun 1999 sebelum berpindah ke kelab Itali, Genoa pada tahun 2003. Pada tahun 2005, beliau dibawa masuk ke kelab Sepanyol, Real Zaragoza selama tiga musim sebelum kembali semula ke Genoa pada tahun 2008. Beliau mempamerkan aksi yang cemerlang bersama Genoa telah menyebabkan beliau berpindah ke juara bertahan Serie A, Inter. Beliau memainkan peranan yang penting dengan membantu Inter meraih gelaran "treble" pada musim 2009–10 selain beliau menyumbat 32 gol dalam seluruh kejohanan. Beliau kembali semula ke Racing Club pada tahun 2014 sebelum mengumumkan persaraan pada tahun 2016. Di peringkat antarabangsa, Milito telah beraksi dalam 25 perlawanan dan menjaringkan empat gol. Selain itu, beliau turut mewakili Argentina ke dua edisi kejohanan Copa América dan Piala Dunia 2010.
Milito digelar El Príncipe ("Sang Putera" dalam bahasa Sepanyol) kerana rupa fizikalnya iras-iras bekas pemain bola sepak Uruguay, Enzo Francescoli yang juga diberi nama gelaran yang sama.[3] Seorang penyerang yang berprolifik dan konsisten, Milito secara puratanya telah menjaringkan gol dalam dua perlawanan sepanjang kariernya.