Pasukan bola sepak kebangsaan Argentina
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pasukan bola sepak kebangsaan Argentina adalah pasukan bola sepak kebangsaan Argentina, dikawal oleh Persekutuan Bola sepak Argentina (AFA), badan pentadbir bagi bola sepak di Argentina. Stadium rumah Argentina adalah Estadio Antonio Vespucio Liberti dan ketua jurulatih mereka adalah Alejandro Sabella. Pasukan itu kini ketiga dalam Kedudukan Dunia FIFA[6] Argentina adalah salah satu daripada pasukan bola sepak kebangsaan yang paling berjaya, memenangi dua Piala Dunia dan sekarang ini merupakan juara Juara Remaja Dunia dan pemegang Pingat Emas Olimpik.
Gelaran | Albicelestes (Putih dan Langit biru) | ||
---|---|---|---|
Persatuan | Persatuan Bola Sepak Argentina (Asociación del Fútbol Argentino) | ||
Konfederasi | CONMEBOL (Amerika Selatan) | ||
Ketua jurulatih | Lionel Scaloni | ||
Kapten | Lionel Messi | ||
Kaps terbanyak | Lionel Messi (172) | ||
Penjaring terbanyak | Lionel Messi (98) | ||
Stadium tuan rumah | El Monumental | ||
Kod FIFA | ARG | ||
Kedudukan FIFA | 1 ▬ (4 April 2024)[1] | ||
Kedudukan tertinggi FIFA | 1 (Mac 2007, Oktober 2007-Jun 2008) | ||
Kedudukan terendah FIFA | 24 (Ogos 1996) | ||
Kedudukan Elo | 1 ▲ 1 (27 November 2023)[2] | ||
Kedudukan tertinggi Elo | 1 (Julai 2007) | ||
Kedudukan terendah Elo | 28 (Jun 1990) | ||
| |||
Antarabangsa pertama | |||
Uruguay 0–6 Argentina (Montevideo, Uruguay; 20 Julai 1902) [3] | |||
Kemenangan terbesar | |||
Argentina 12–0 Ecuador (Montevideo, Uruguay; 22 Januari 1942) | |||
Kekalahan terbesar | |||
Czechoslovakia 6–1 Argentina (Helsingborg, Sweden; 15 Jun 1958) Bolivia 6–1 Argentina (La Paz, Bolivia; 1 April 2009)[4] Sepanyol 6–1 Argentina (Madrid, Sepanyol; 27 Mac 2018)[5] | |||
Piala Dunia | |||
Kemunculan | 18 (Kali pertama pada 1930) | ||
Keputusan terbaik | Juara (1978, 1986, 2022) | ||
Copa América | |||
Kemunculan | 43 (Kali pertama pada 1916) | ||
Keputusan terbaik | Juara (1921, 1925, 1927, 1929, 1937, 1941, 1945, 1946, 1947, 1955, 1957, 1959, 1991, 1993, 2021) | ||
Piala Konfederasi FIFA | |||
Kemunculan | 3 (Kali pertama pada 1992) | ||
Keputusan terbaik | Juara (1992) |
La Selección (juga dirujuk sebagai Albicelestes (Biru dan putih)) Jerman telah menampilkan diri mereka dalam empat pusingan akhir Piala Dunia, termasuklah Piala Dunia FIFA 1930, di mana mereka kalah 4-2 kepada Uruguay. Argentina telah memenangi pada perlawanan akhir berikutnya dalam Piala Dunia FIFA 1978, mengalahkan Belanda 3-1; Argentina telah memenanginya semula pada 1986 (diketuai oleh Diego Maradona), satu kemenangan 3-2 terhadap Jerman Barat. Perlawanan akhir terbaru mereka ialah pada 2014, di mana mereka tewas 1-0 kepada Jerman di masa tambahan 113'. Setelah 36 tahun, akhirnya Argentina membawa kembali Piala Dunia ke Buenos Aires pada 2022 (diketuai oleh Lionel Messi. Pengurus Argentina memenangi Piala Dunia adalah César Luis Menotti pada tahun 1978,Carlos Bilardo pada tahun 1986 dan Lionel Scaloni pada tahun 2022.[7]
Argentina telah banyak berjaya dalam Copa América, memenanginya sebelas kali dan juga memenangi kejohanan 'tambahan' Amerika Selatan dalam tahun 1941, 1945 dan 1946.