Anon Nampa
peguam, aktivis hak asasi manusia Thailand / From Wikipedia, the free encyclopedia
Anon Nampa (Bahasa Thai: อานนท์ นำภาcode: th is deprecated ; RTGS: Anon Nampha, juga Anon Numpa; lahir 18 Ogos 1984) ialah seorang aktivis hak asasi manusia (HAM), politik dan prodemokrasi Thailand serta seorang peguam. Beliau terkenal kerana mengkritik monarki Thailand secara terbuka, bertentangan dengan norma lazim masyarakat Thailand.[1] Beliau disifatkan sebagai pejuang HAM utama sepanjang kerjayanya sebagai peguam dalam bidang HAM dan dikenakan pelbagai kesalahan jenayah disebabkan oleh tindakan aktivismenya. Beliau juga disifatkan sebagai salah satu ketua-ketua utama dalam tunjuk perasaan Thailand 2020.[2] Beliau berasal daripada keluarga petani dari wilayah Roi Et, dengan ibu bapanya merupakan petani sawah, dan mendapat pendidikan di Universiti Ramkhamhaeng dalam bidang undang-undang.
Anon Nampa | |
---|---|
Kelahiran | (1984-08-18) 18 Ogos 1984 (umur 39) Roi Et, Thailand |
Warganegara | Thailand |
Pusat pendidikan | Universiti Ramkhamhaeng |
Pekerjaan | Aktivis sosial, politik dan hak asasi manusia Peguam |
Terkenal kerana | Aktivisme politik Peranan dalam tunjuk perasaan Thailand 2020 |