Monarki Thailand
From Wikipedia, the free encyclopedia
Monarki Thailand (monarki yang dirujuk sebagai Raja Thailand, (Tulisan Jawi: راج تايلاند) atau secara bersejarah, Raja Siam, (Tulisan Jawi: راج سيام); Bahasa Thai: พระมหากษัตริย์ไทย)code: th is deprecated merujuk kepada monarki berperlembagaan dan monarki Kerajaan Thailand (dahulu Siam). Raja Thailand ialah ketua negara dan ketua pemerintah Kerabat Diraja Chakri.
Raja Thailand راج تايلاند | |
---|---|
พระมหากษัตริย์ไทย | |
Penjawat kini | |
Vajiralongkorn (Rama X) sejak 13 Oktober 2016[1] | |
Butiran | |
Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
Raja pertama | Sri Indraditya |
Pembentukan | 1238; 782 tahun dahulu |
Persemayaman | Istana Perama (tujuan istiadat) Istana Dusit (kediaman) |
Laman sesawang | royaloffice |
Walaupun Dinasti Chakri telah ditubuhkan pada 1782, kewujudan institusi monarki ini di Thailand adalah secara tradisional disahkan bahawa ia mempunyai perkaitan daripada pengasasan Kerajaan Sukhothai pada 1238, dengan kekosongan penjawat dari kematian Ekkathat hingga penyertaan Taksin pada abad ke-18. Institusi in berubah menjadi monarki berperlembagaan pada 1932 selepas pertempuran darah revolusi Siam 1932. Kediaman istiadat rasmi monarki adalah di Istana Raja di Bangkok, manakala kediaman peribadi adalah di Istana Dusit.
Gelaran Raja Thailand termasuklah Ketua Negara, Ketua Utama Angkatan Tentera Diraja Thai, Penganut Agama Buddha dan Pendukung Agama-agama di Thailand.[2]