Walther von Reichenau
From Wikipedia, the free encyclopedia
Walter Karl Ernst August von Reichenau (8 Oktober 1884 – 17 Januari 1942) adalah seorang Fil Marsyal dalam Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Seorang perajurit profesional dan veteran Perang Dunia I dan dalam Reichswehr, beliau adalah salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat di Upacara Fil Marsyal 1940, dan merupakan pegawai kanan ke-9 dalam senioriti Tentera Darat Jerman. Walaupun dianggap oleh generasi sezaman dan sejarawan sebagai salah seorang pegawai tentera Jerman yang paling kompeten, ia merupakan hubungan awal politiknya dengan jentera politik Nazi yang menjadi kunci kepada kebangkitan cepatnya, sesuatu yang dimarahi oleh ramai pegawai yang lebih tua dan lebih kanan dalam Tentera Darat. Kemarahan ini adalah faktor yang menyebabkan beliau ditolak sebanyak dua kali untuk menjadi Panglima Tentera Darat, walaupun disokong oleh Hitler.
Fil Marsyal Walther von Reichenau | |
---|---|
Nama lahir | Walter Karl Ernst August von Reichenau |
Kelahiran | (1884-10-08)8 Oktober 1884 Karlsruhe, Baden, Empayar Jerman |
Meninggal dunia | 17 Januari 1942(1942-01-17) (umur 57) Poltava, Soviet Union |
Disemadikan | Tanah Perkuburan Invalidenfriedhof Berlin |
Kesetiaan | Empayar Jerman (hingga 1918) Republik Weimar (hingga 1933) Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Heer |
Tahun perkhidmatan | 1903–1942 |
Pangkat | Generalfeldmarschall |
Unit | Artileri |
Arahan | Tentera Darat Ke-10, 1939 Tentera Darat Ke-6, 1940 Kumpulan Tentera Darat Selatan, 1941-42 |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern |
Tandatangan |
Seorang olahragawan dan atlit yang bersemangat, beliau adalah ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Beliau sangat menyokong dasar-dasar genosid di Perbatasan Timur dan terkenal kerana Perintah Kekerasan ciptaannya, yang dikeluarkan semasa memerintah Tentera Darat Ke-6 Jerman. Reichenau adalah seorang pelari rentas desa yang biasa dan diserang strok selepas larian rutin dalam cuaca sejuk pada 14 Januari 1942.[1] Beliau kemudian mengalami kecederaan kepala yang teruk apabila pesawat yang membawanya pulang ke Leipzig untuk mendapatkan rawatan perubatan terhempas ketika mendarat di Lemberg. Samada beliau meninggal dunia akibat strok, serangan jantung atau dari kecederaan yang dialaminya dalam kemalangan itu sememangnya tidak diketahui.