Vocaloid
From Wikipedia, the free encyclopedia
Vocaloid (ボーカロイドcode: ja is deprecated , Bōkaroido) merupakan jenama perisian sintesis suara nyanyian. Bahagian pemprosesan isyarat telah dibangunkan melalui projek penyelidikan bersama yang diketuai oleh Kenmochi Hideki yang berpusat pada Pompeu Fabra University di Barcelona, Catalonia, Sepanyol tahun 2000 (pasukan yang sama yang kemudiannya mengasaskan Voctro Labs[1]) dan pada asalnya tidak bertujuan untuk menjadi satu projek komersil sepenuhnya. Dengan sokongan daripada Yamaha, perisian ini dibangunkan menjadi satu produk komersil yang dinamakan sebagai "Vocaloid".[2][3]
Pembangun | Yamaha |
---|---|
Pelancaran pertama | 15 Januari 2004; 20 tahun yang lalu (2004-01-15) |
Keluaran stabil | Vocaloid 4
|
Sistem pengendalian | Windows 2000/XP/Vista/7/8 Apple iOS (iVocaloid, Hanya di Jepun) |
Terdapat dalam | Bahasa Jepun, Inggeris, Korea, Sepanyol, Cina, Catalan |
Jenis | Aplikasi pensintesis muzik |
Lesen | Berhak milik |
Tapak web | net |
Perisian ini membolehkan pengguna mensintesis nyanyian dengan menaip lirik dan melodi. Ia menggunakan teknologi sintesis dengan menggunakan vokal yang direkodkan khas daripada pelakon suara atau penyanyi. Untuk mencipta lagu, pengguna mesti memasukkan melodi dan lirik. Sejenis antara muka yang mempunyai gulungan piano digunakan untuk memasukkan melodi, manakala lirik pula boleh dimasukkan ke dalam setiap not. Perisian ini boleh mengubah tekanan sebutan, menambah kesan seperti vibrato, atau mengubah dinamik dan nada suara. Setiap Vocaloid yang dijual berkonsepkan "seorang penyanyi dalam satu kotak", direka untuk bertindak sebagai pengganti kepada seorang penyanyi yang sebenar.
Pada asalnya perisian ini hanya wujud dalam bahasa Inggeris dengan kewujudan Vocaloid generasi terawal Leon, Lola dan Miriam, serta dalam bahasa Jepun dengan kehadiran Meiko dan Kaito, tetapi Vocaloid 3 telah menambahkan sokongan dalam bahasa Sepanyol untuk Vocaloid Bruno, Clara dan Maika; bahasa Cina untuk Luo Tianyi dan Yanhe; serta bahasa Korea untuk SeeU
Perisian ini bertujuan untuk penggunaan bagi pemuzik profesional serta pengguna muzik komputer ringan, dan setakat ini ia telah dijual dengan idea bahawa satu-satunya had adalah kemahiran pengguna itu sendiri.[4] Kumpulan muzuk Jepun Livetune di bawah Toy's Factory, dan juga Supercell di bawah Sony Music Entertainment Japan telah menghasilkan lagu-lagu mereka dengan menampilkan Vocaloid sebagai vokal. Label rekod Jepun Exit Tunes di bawah Quake Inc. juga telah menghasilkan album kompilasi yang menampilkan Vocaloid.[5][6] Artis-artis seperti Mike Oldfield juga telah menggunakan Vocaloids dalam hasil karya mereka sebagai vokal penyanyi dan sampel bunyi sandaran.[7]