Vercingetorix
From Wikipedia, the free encyclopedia
Vercingetorix (bahasa Latin: [wɛrkɪŋˈɡɛtɔriːks]; Yunani: Οὐερκιγγετόριξcode: grc is deprecated [u.erkiŋɡeˈtoriks]; s. 80 – 46 SM) ialah seorang raja Gaul dan ketua suku Arverni [en] yang menyatukan orang Gaul dalam pemberontakan menentang pasukan Rom semasa fasa terakhir Perang Galia tetapi akhirnya tewas kepada angkatan Julius Caesar. Beliau dengan rela menyerahkan diri kepada Caesar tetapi dihukum bunuh di Rom.
Vercingetorix | |
---|---|
Raja Arverni | |
Butiran peribadi | |
Lahir | kira-kira 80 SM[2] Tidak diketahui |
Meninggal dunia | 46 SM (berusia 36–37) Rom, Itali, Republik Rom |
Sebab kematian | Dicekik sampai mati |
Vercingetorix ialah anak kepada Celtillus, ketua puak-puak Gaul. Vercingetorix berkuasa selepas dilantik secara rasmi sebagai ketua Arverni di oppidum Gergovia [en] pada 52 SM. Beliau segera menubuhkan pakatan dengan puak-puak Gaul yang lain, mengambil alih perintah, menggabungkan semua angkatan dan memimpin mereka semua dalam menjalankan penentangan paling signifikan oleh kaum Celt terhadap kuasa Rom. Beliau memenangi Pertempuran Gergovia [en] di mana beribu-ribu orang Rom dan sekutu mereka terbunuh dan legion-legion Rom pun berundur.
Akan tetapi, Caesar telah dapat memanfaatkan perbezaan sesama puak Gaul untuk menundukkan negeri mereka dengan mudah, maka percubaan Vercingetorix untuk menyatukan seluruh Gaul menentang serangan Rom sudah terlambat.[3][4] Di Pertempuran Alesia, juga pada 52 SM, angkatan Rom mengepung dan mengalahkan bala tentera beliau; demi menyelamatkan anak-anak buahnya seramai yang mungkin, beliau menyerahkan diri kepada orang Rom. Beliau dipenjarakan selama lima tahun; kemudian pada 46 SM, sebagai tanda kemenangan Caesar, beliau dibawa berarak melalui jalan-jalanan di kota Rom, kemudian dibunuh secara dikujut. Vercingetorix terutamanya dikenali melalui Commentarii de Bello Gallicocode: la is deprecated (Komentar mengenai Perang Gallic) yang ditulis oleh Caesar sendiri. Sehingga hari ini, beliau dianggap sebagai wira rakyat di Auvergne, iaitu wilayah asal beliau.