Utara
satu daripada empat arah kardinal / From Wikipedia, the free encyclopedia
Utara (Jawi: اوتاراcode: ms is deprecated ) atau laut[1] (Jawi: لاوتcode: ms is deprecated ) adalah sebuah arah dalam kompas; ia berlawanan arah dengan selatan. Utara merupakan arah yang, dalam budaya Barat, dianggap sebagai arah utama. Ia digunakan untuk menjelaskan arah-arah lainnya. Kerana itulah dalam peta arah utara selalu ditunjukkan dengan sebuah tanda panah. Utara biasanya berada di sebelah atas paras mata yang sejajar dengan pandangan peta.