Uranium diperkaya
uranium dimana kandungan isotop U-235 ditingkatkan melalui proses pengasingan isotop / From Wikipedia, the free encyclopedia
Uranium diperkaya ialah sejenis uranium di mana peratus kandungan 235U telah ditingkatkan melalui proses pisah isotop. Uranium semula jadi adalah 99.284% isotop 238U, dengan 235U hanya terdiri daripada sekitar 0.711% daripada jisimnya. 235U ialah satu-satu nuklid wujud dalam alam semula jadi (dalam sebarang jumlah yang agak jelas) yang boleh belah dengan neutron terma.[1]
Uranium diperkaya ialah komponen yang penting bagi kegunaan janaan kuasa nuklear awam dan senjata nuklear tentera. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa cuba untuk mengawasi dan mengawal bekalan uranium diperkaya dan pemprosesannya dalam usaha untuk memastikan keselamatan janaan kuasa nuklear dan mengekang pengembangan senjata nuklear.
238U yang tinggal selepas pemerkayaan dikenali sebagai uranium susut. Uranium susut mempunyai keradioaktifan yang lebih rendah berbanding uranium semula jadi, kerana mempunyai kandungan 235U yang lebih rendah. Walaubagaimanapun, uranium susut masih radioaktif dan amat berbahaya dalam bentuk serbuk dan butiran, lebih-lebih lagi apabila digunakan sebagai kepala peledak bagi senjata penembus perisai kerana sifat ricih serta ketumpatannya yang tinggi. Disebabkan ketumpatannya yang tinggi juga, uranium susut sesuai dijadikan bahan perisai sinaran yang efektif bagi unsur yang lebih radioaktif.