Terier Airedale
baka anjing dari England / From Wikipedia, the free encyclopedia
Terier Airedale,[lower-alpha 1] kerap disingkatkan kepada airedale, juga terier Bingley[lower-alpha 2] dan terier Waterside,[lower-alpha 3] ialah satu baka anjing daripada jenis terier yang berasal dari lembah (dale) Sungai Aire, di West Riding di Yorkshire, England.[1] Ia secara tradisional dipanggil "Raja Terier" kerana ia merupakan baka terier terbesar. Airedale dibiakbakakan daripada terier hitam dan sawo matang lama Inggeris dan anjing pemburu berang-berang dan barang kali baka-baka terier lain dan telah menyumbang kepada baka-baka anjing lain, seperti terier Yorkshire.
Nama lain | Terier Waterside Terier Bingley | ||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Anjing Airedale Airedale Raja terier King of terriers | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Negara asal | England | ||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Baka ini yang pada asalnya dibiakbakakan untuk berkhidmat sebagai anjing pemburu serba guna dan anjing pekerja ladang serba sedia juga telah digunakan sebagai anjing perang, anjing pemandu, dan anjing polis di Britain. Di Amerika Syarikat, baka ini telah digunakan untuk memburu buruan besar, unggas tanah tinggi, dan unggas air, dan berkhidmat dalam banyak peranan kerja lain.