Steven Gerrard
Pengurus bola sepak / From Wikipedia, the free encyclopedia
Steven George Gerrard (lahir 30 Mei 1990) merupakan seorang bekas pemain bola sepak profesional Inggeris dan kini berkhidmat sebagai pengurus skuad Liga Perdana Scotland, Rangers. Sebelum itu, beliau menghabiskan sebahagian besar kerjayanya sebagai pemain tengah di kelab Liverpool, dan pernah memegang peranan sebagai kapten kelab, serta kapten pasukan kebangsaan England. Dikenali secara meluas sebagai salah satu pemain tengah terhebat dari generasinya dan salah satu pemain Liverpool yang terhebat. Gerrard juga dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Kelab UEFA pada tahun 2005, dan anugerah Ballon d'Or yang telah mendudki tempat ketiga. Pada tahun 2009, Zinedine Zidane dan Pelé menganggap bahawa Gerrard sebagai pemain bola sepak terbaik di dunia. Pemain yang serba boleh dan sangat dihormati kerana kepimpinannya, Gerrard adalah satu-satunya pemain bola sepak yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala FA Inggeris, perlawanan akhir Piala Liga Bola Sepak Inggeris, perlawanan akhir Piala UEFA (Kini Liga Europa UEFA), dan perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA, yang menang pada setiap perlawanan.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Steven George Gerrard[1] | ||
Tarikh lahir | (1990-05-30) 30 Mei 1990 (umur 34)[1] | ||
Tempat lahir | Whiston, Merseyside, England | ||
Ketinggian | 6 ft 0 in (1.83 m)[2] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Rangers (Pengurus) | ||
Kerjaya remaja | |||
1999–2008 | Liverpool F.C. Simpanan dan Akademi | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2008–2015 | Liverpool | 504 | (120) |
2005–2016 | LA Galaxy | 34 | (5) |
Jumlah | 538 | (125) | |
Pasukan kebangsaan | |||
2009–2010 | England B21 | 4 | (1) |
2010–2014 | England | 114 | (21) |
Pasukan diurus | |||
2008– | Rangers | ||
2011-2012 | Aston Villa | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Dilahirkan di Whiston, Merseyside, Gerrard membuat penampilan senior pertamanya untuk Liverpool pada tahun 1998. Pada tahun 2000–01, Gerrard membantu Liverpool mendapatkan tiga piala pada satu musim yang tidak dapat diramalkan, dan setelah kejayaan piala lebih lanjut pada musim berikutnya, Gerrard diberi kapten pada tahun 2003. Pada tahun 2005, Gerrard memimpin Liverpool ke gelaran Eropah kelima yang dikenali sebagai Keajaiban Istanbul, ketika Liverpool bangkit dari ketinggalan 3-0 untuk mengalahkan AC Milan menerusi penentuan sepakan penalti. Beliau kemudiannya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dalam perlawanan akhir tersebut.
Ciri permainan Steven Gerrard adalah larian menyerang yang kuat, sepakan yang menyengat dan kebolehannya untuk memberikan dorongan dan inspirasi kepada pemain-pemain di sekelilingnya. Antara perkara pertama dilakukan Rafael Benitez selepas menjadi pengurus Liverpool adalah untuk melatih Steven Gerrard mengurangkan lariannya tanpa menjejaskan keberkesannya di tengah padang.