Sos ikan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sos ikan adalah cecair berwarna kuning gelap yang diekstrak daripada pemeraman ikan dengan garam laut. Ia digunakan sebagai perasa dalam pelbagai masakan. Sos ikan adalah bahan ruji dalam banyak budaya di Asia Tenggara dan kawasan pantai Asia Timur, dan digunakan dengan meluas dalam masakan Kemboja, Filipina, Thailand, Laos and Vietnam, Malaysia
Fakta Segera Sos Ikan سوس إيکن, Jenis ...
Sos Ikan سوس إيکن | |
---|---|
Jenis | Perencah |
Tempat asal | Cina purba[1] dan Yunani purba[2] |
Kawasan/rantau | Asia Tenggara dan Asia Timur |
Masakan berkaitan | Burma, Kemboja, Cina, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Taiwan, Thailand, and Vietnam |
Bahan utama | Ikan |
sunting · sunting di Wikidata |
Tutup
Selain ditambah kepada hidangan semasa proses memasak, sos ikan juga digunakan sebagai asas untuk perasa kuah celup, disediakan dalam pelbagai cara di setiap negara, bagi ikan, udang, babi dan ayam. Di bahagian selatan China, ia digunakan sebagai bahan untuk sup dan kaserol. Sos ikan, dan terbitannya, memberikan rasa umami kepada makanan kerana kandungan glutamatnya.[3]