Setem
From Wikipedia, the free encyclopedia
Untuk kegunaan lain, sila lihat Setem (nyahkekaburan).
Setem (disebut [sĕ.tém]; Jawi: ستيمcode: ms is deprecated Mal., Sin., Bru.)[1] atau prangko (disebut [prang.ko] Ind. tmsk Riau)[2] ialah bukti pembayaran yuran perkhidmatan pos yang lazimnya terdiri daripada kepingan kertas berbentuk segi empat kecil yang dilekat pada sampul surat atau poskad. Setem ini menandakan bahawa orang yang mengirim surat atau pakej itu mungkin telah membayar yuran pengiriman terdahulu sama ada dalam jumlah penuh atau ansuran. Setem merupakan kaedah paling laris bagi membayar untuk perkhidmatan pos runcit; alternatifnya termasuk sampul surat pos prabayar dan meter pos.