Serangan Kapitol Amerika Syarikat 2021
protes pada 5-6 Januari 2021 untuk menolak keputusan pilihan raya Presiden 2020 / From Wikipedia, the free encyclopedia
Pada 6 Januari 2021, penyokong Presiden A.S. Donald Trump menyerang Kapitol Amerika Syarikat. Insiden ini berlaku ketika Kongres dan Senat bersidang untuk mengesahkan undi Kolej Elektoral bagi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020 yang dimenangi Joe Biden. Bermula 5 hingga 6 Januari, penyokong Trump berkumpul di Washington, D.C. untuk membantah keputusan pilihan raya itu. Trump, penyokongnya dan sekutunya menuntut agar Naib Presiden Mike Pence dan Kongres membatalkan kemenangan Biden.[7][8][9]
Serangan Kapitol Amerika Syarikat 2021 | |||
---|---|---|---|
Sebahagian daripada protes pilihan raya 2020–2021 dan cubaan untuk menggugat keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020 | |||
Tarikh | 6 Januari 2021 sekitar 2 p.m. – 5:40 p.m. | ||
Lokasi | Kapitol Amerika Syarikat, Washington, D.C., A.S. 38°53′23.3″N 77°00′32.6″W | ||
Punca | Penentangan terhadap pengiraan undi Dewan Pemilihan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020 | ||
Kaedah | Merusuh, vandalisme, menjarah, cubaan bom | ||
Kesan |
| ||
Pihak terlibat | |||
| |||
Tokoh dan pemimpin utama | |||
| |||
Tokoh dan pemimpin utama | |||
| |||
Kemalangan jiwa | |||
|
Pada pagi 6 Januari (EST), para penunjuk perasaan berkumpul untuk himpunan "Selamatkan Amerika" yang diadakan di The Ellipse Rumah Putih di mana para hadirin mendengar ucapan daripada Presiden Trump, Donald Trump Jr. dan Rudy Giuliani. Tunjuk perasaan itu kemudiannya memuncak sehingga menjadi rusuhan di mana bangunan Kapitol Amerika Syarikat diserang oleh penyokong Trump. Kejadian itu berlaku setelah banyak cubaan gagal dilakukan sebelum ini oleh Trump dan penyokongnya untuk membatalkan keputusan pilihan raya.
Semasa himpunan terdahulu, Trump menyeru para penyokongnya untuk "berjuang sepenuh tenaga" agar Republikan "mengambil semula negara kita" dan meminta para penyokongnya berarak ke Kapitol A.S.[10][11] Selepas itu, kumpulan perusuh pro-Trump berarak ke Kongres dan akhirnya menyerbu bangunan itu.[12] Kongres pada waktu itu sedang bersidang bagi melakukan penghitungan undian Kolej Elektoral dan sesi perdebatan pembantahan terhadap Kolej Elektoral. Penunjuk perasaan melanggar keselamatan sebelum memasuki Kapitol lalu memecah masuk ruang Senat yang dipindahkan sementara pengawal mengacukan pistol untuk mengelakkan mereka masuk ke ruang Dewan Perwakilan.[13][14][15][16][17] Beberapa bangunan di kompleks Kapitol A.S. dikosongkan dan semua bangunan di kompleks itu kemudiannya diletakkan di bawah perintah berkurung.[18]
Seorang penceroboh, Ashli Babbitt, telah ditembak penguat kuasa semasa kekecohan di luar Dewan Pewakilan dan kemudiannya maut akibat kecederaan itu.[19][20][21] Tiga yang lain turut meninggal dunia akibat kecemasan perubatan pada hari tersebut.[2][3] Tiga alat letupan reka ganti juga dilaporkan telah dijumpai: sebutir di markas Kapitol, dan sebutir di ibu pejabat Jawatankuasa Nasional Republikan dan Jawatankuasa Nasional Demokratik yang berdekatan dengan Kapitol.[22][2]
Trump bertindak balas terhadap serangan itu dengan memberitahu para penunjuk perasaan agar "pulang dengan aman"; beliau juga menyifatkan para penunjuk perasaan yang terlibat sebagai "patriot yang hebat" dan "sangat istimewa". Trump meluahkan rasa "cinta" kepada mereka serta mengaitkan serangan itu sebagai "pilihan raya yang dicuri".[23][24] Akibatnya, Twitter menyekat akaun Trump buat sementara waktu dan telah membuang tiga ciapan beliau kerana melanggar dasar integriti sivik mereka.[25][26]
Serangan di Kapitol telah digambarkan sebagai pemberontakan, hasutan dan keganasan domestik.[27][28][29][30][31][32] Beberapa sumber telah melabelkannya sebagai cubaan rampasan kuasa oleh Trump.[33][34][35][36][37] Rusuhan ini ialah kali pertama Kapitol diserang sejak pembakaran Washington pada tahun 1814 oleh pihak British semasa Perang 1812.[38][39] Menjelang 8 Januari, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa tuduhan merusuh, konspirasi hasutan dan pemberontakan sedang dipertimbangkan.[40]