Senarai penerima Hadiah Nobel dalam Fizik
rencana senarai Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Hadiah Nobel dalam Fizik (Svensk: Nobelpriset i fysikcode: sv is deprecated ) dianugerahkan setiap tahun oleh Akademi Sains Diraja Sweden kepada para saintis dalam pelbagai bidang fizik. Ia merupakan salah satu daripada lima Hadiah Nobel yang telah ditubuhkan mengikut wasiat 1895 Alfred Nobel (yang telah meninggal dunia pada tahun 1896), dianugerahkan bagi sumbangan cemerlang dalam fizik.[1] Seperti yang ditetapkan mengikut wasiat Nobel, anugerah ini ditadbir oleh Yayasan Nobel dan dianugerah oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima ahli yang dipilih oleh Akademi Sains Diraja Sweden.[2] AAnugerah ini disampaikan di Stockholm dalam sebuah majlis tahunan pada 10 Disember, ulang tahun kematian Nobel.[3] Setiap penerima menerima sebuah pingat, segulung diploma dan hadiah anugerah kewangan yang berbeza setiap tahun.[4]
Hadiah Nobel dalam Fizi pertama telah dianugerahkan pada tahun 1901 kepada Wilhelm Conrad Röntgen, dari negara Jerman, yang telah menerima 150,782 SEK, yang bersamaan dengan 7,731,004 SEK pada Disember 2007. John Bardeen merupakan satu-satunya pemenang Nobel yang memenangi hadiah ini dua kali—pada tahun 1956 dan 1972. Maria Skłodowska-Curie juga telah memenangi dua Hadiah Nobel, bagi fizik pada tahun 1903 dan kimia pada tahun 1911. William Lawrence Bragg telah, sehingga Oktober 2014, merupakan pemenang Nobel termuda; beliau telah memenangi hadiah pada tahun 1915 ketika berumur 25 tahun.[5] Dua orang wanita telah memenangi hadiah ini: Curie dan Maria Goeppert-Mayer (1963), yang merupakan paling sedikit dari mana-mana lima Hadiah Nobel yang asli.[6] Pada tahun 2014, hadiah ini telah dianugerahkan kepada 198 orang individu. Terdapat enam tahun di mana Hadiah Nobel dalam Fizik telah tidak dianugerahkan (1916, 1931, 1934, 1940–1942).