Senarai lagu yang dirakamkan oleh Britney Spears
rencana senarai Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat, Britney Spears mengeluarkan lagu debutnya berjudul "...Baby One More Time" pada lewat tahun 1998, dan mencapai kejayaan global serta kedudukan teratas setiap carta negara-negara utama di dunia. Lanjutan daripada itu, ia diikuti dengan pengeluaran album studio debutnya, ...Baby One More Time yang mendapat kedudukan teratas pada minggu pertama keluaran pada carta Album Canada dan Billboard 200 Amerika Syarikat, kemudian album tersebut diiktirafkan sebanyak 14x rekod platinum oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika, hal ini kerana album tersebut telah terjual sebanyak 10 juta unit pada tahun pertama keluaran.[1] Album studio kedua Spears ialah Oops!... I Did It Again, dikeluarkan pada 16 Mei 2000. Pada minggu pertama keluaran, album tersebut menjadi album paling cepat untuk terjual dan satu-satunya penyanyi wanita yang berhasil mencapai rekod tersebut. Album studio itu telah terjual sebanyak 1,319,193 unit pada minggu pembukaannya.[2] Album tersebut mengandungi empat single iaitu "Oops!... I Did It Again", "Lucky", "Stronger", dan "Don't Let Me Be the Last to Know". Pada lewat tahun 2001, Spears mengeluarkan album studio berjudul namanya, Britney yang mengandungi lagu peringkat antarabangsa, "I'm a Slave 4 U".[3] Selepas dua tahun berehat, album studio keempat Spears, In the Zone, dikeluarkan pada bulan November 2003. Album ini mengandungi lagu "Me Against The Music", kolaborasi dengan Madonna yang mencapai kedudukan teratas dalam Carta Hot 100 Eropah, dan "Toxic", yang menyebabkan Spears mendapat Anugerah Grammy pertamanya di dalam kategori Rakaman Tarian Terbaik serta mendapat kredibilitinya di kalangan pengkritik.[4] Album kompilasi pertamanya, Greatest Hits: My Prerogative, dikeluarkan pada tahun berikutnya yang telah terjual sebanyak 5.6 juta salinan di seluruh dunia serta-merta ini telah menjadikan sebagai salah satu album kompilasi yang paling laris sekali di dunia.[5]
Mengikuti perjuangan peribadinya sewaktu beliau mengalami masalah mental sepanjang tahun 2007,[6] album studio kelima Spears, Blackout, dikeluarkan pada bulan Oktober tahun yang sama. Album ini menjual lebih dari 3 juta unit di seluruh dunia, mengandungi single hit "Gimme More" dan "Piece of Me".[5] Dengan pelancaran album studio keenamnya iaitu Circus, Spears menjadi satu-satunya pelakon di era Nielsen SoundScan, 1991-sekarang, untuk mempunyai empat album debut dengan 500,000 atau lebih salinan dijual di Amerika Syarikat.[7] Dengan keluaran single "Womanizer" dan "Circus", ia terjual empat juta salinan di seluruh dunia.[5] Album kompilasi ketiga Spears, The Singles Collection, memaparkan single nombor satu Spears di Amerika Syarikat yang ketiga, iaitu berjudul "3". Pada tahun 2011, dia mengeluarkan lagu "Hold It Against Me", yang menjadikan Spears sebagai artis kedua dalam sejarah 52 tahun carta Billboard Hot 100 untuk debut di tempat pertama dengan dua atau lebih lagu, selepas Mariah Carey.[8] Lagu ini disertakan dalam album studio ketujuhnya, Femme Fatale, yang debut di nombor satu di negara AS.[9] Album studio kelapan Spears, iaitu berjudul Britney Jean dikeluarkan pada tahun 2013; ia memberi sedikit kesan komersial, mendapat ulasan negatif yang pelbagai dari pengkritik dan album ini juga menghasilkan single "Work Bitch" yang disahkan sebagai platinum di Amerika Syarikat. Glory, album studio kesembilan Spears, dikeluarkan pada bulan Ogos 2016 yang mendapat pujian kritikal dan kejayaan carta, bagaimanapun, gagal untuk mencapai kejayaan seperti album-album Spears yang lain.
Spears telah menjual lebih daripada 100 juta rekod di seluruh dunia dan lebih daripada 28.6 juta single digital di Amerika Syarikat sahaja, menjadikannya salah satu artis muzik terlaris sepanjang masa.[10][11][12][13] Billboard mengiktirafkan Spears sebagai artist kelapan terbaik sepanjang dekat 2000-an, dan juga mengiktirafnya sebagai artis album wanita paling terlaris pada dekad pertama abad ke-21, dan juga pada keseluruhan ialah tempat kelima.[14][15] Persatuan Industri Rakaman Amerika juga mengiktiraf Spears sebagai artis wanita terlaris kelapan di Amerika Syarikat, dengan 34.5 juta album yang diperakui.[16] Spears adalah antara beberapa artis dalam sejarah yang mempunyai album studio nombor satu dan nombor satu dalam setiap tiga dekad kerjaya mereka (1990-an, 2000-an, dan 2010-an).[17]