Santo
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam agama Kristian, istilah santo (pinjaman bahasa Portugis[1] - bagi wanita: santa) diberikan kepada seseorang yang telah terbukti menjalani hidup melakukn kebajikan yang dikagumi dan berani serta berkeperibadian suci atau kudus.[2] Gelaran ini bisa digunakan kepada orang hidup ataupun mati, dan diterima dalam dunia agama.
Santo dianggap masyarakat sebagai tokoh yang perlu dicontohi gaya hidup atau ajarannya baik kepada generasi terkini mahupun untuk masa akan datang. Secara amnya dalam banyak aliran gereja Kristian, sesiapa sahaja yang diketahui kuat dalam pegangan anutan dianggap layak "suci" di sisi Tuhan namun hanya sebahagian individu yang dilihat lebih layak mendapat kehormatan atau penyanjungan tinggi[3] sehingga mendapat pengiktirafan utama dan rasmi dari gereja anutan.
Tahap-tahap Pengkanonan dalam Gereja Katolik |
---|
Hamba Tuhan → Venerabilis → Beatifikasi → Santo/Santa |