Rodensia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rodensia ― serapan dari nama saintifik dalam Latin: Rodentiacode: la is deprecated ― merupakan satu ordo mamalia yang bercirikan dua batang gigi acip yang sentiasa memanjang di rahang atas dan bawah, tetapi sentiasa dirapikan dengan menggerogot.[1][2]
Rodensia | |
---|---|
Tupai Palma India (Funambulus palmarum) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Infrakelas: | |
Magnorder: | Boreoeutheria |
Superorder: | Euarchontoglires |
Order: | Rodentia Bowdich, 1821 |
Suborder | |
Sciuromorpha |
40% spesies mamalia ialah rodensia yang banyak terdapat di semua benua kecuali Antartika. Antara rodensia yang terkenal termasuklah tikus, tupai, landak, dan tikus belanda.[1] Rodensia mempunyai gigi acip tajam yang digunakan untuk menggerogot kayu, menyiat makanan, dan menggigit pemangsa. Kebanyakan rodensia memakan benih atau tumbuhan. Sesetengah spesies rodensia digeruni sebagai haiwan perosak yang mencuri makan benih yang disimpan orang[3] ataupun menyebar wabak penyakit[4].
Istilah rodensia berasal dari bahasa Latin, iaitu rodens yang bermaksud "penggerogot" (dari kata kerja rodere, "menggerogot").