Robert Oppenheimer
From Wikipedia, the free encyclopedia
Julius Robert Oppenheimer (22 April 1904 – 18 Februari 1967) ialah seorang ahli fizik teori Amerika Syarikat. Beliau bekerja sebagai profesor fizik Universiti California, Berkeley memberi sumbangan besar kepada fizik teori, termasuk pencapaian dalam mekanik kuantum dan fizik nuklear seperti Penghampiran Born–Oppenheimer untuk molekul fungsi gelombang, teori elektron dan positron, proses Oppenheimer–Phillips dalam lakuran nuklear, dan kerja awal terowong kuantum. Beliau turut terlibat menyumbang kepada pendalaman teori bintang neutron dan lohong hitam, teori medan kuantum serta interaksi sinar kosmos.
J. Robert Oppenheimer | |
---|---|
Kelahiran | (1904-04-22)22 April 1904 Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat |
Meninggal dunia | 18 Februari 1967(1967-02-18) (umur 62) Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat |
Warganegara | Amerika |
Pusat pendidikan | Kolej Harvard Kolej Christ, Cambridge Universiti Göttingen |
Terkenal kerana | Pembangunan senjata nuklear |
Pasangan | Katherine "Kitty" Puening (k. 1940) |
Anak-anak | 2 |
Anugerah | Anugerah Enrico Fermi (1963) |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Fizik teori |
Institusi | Universiti California, Berkeley Institut Teknologi California Makmal Los Alamos Institute for Advanced Study |
Tesis | Zur Quantentheorie kontinuierlicher Spektren[1] (1927) |
Penasihat kedoktoran | Max Born |
Pelajar kedoktoran | Samuel W. Alderson David Bohm Robert Christy Sidney Dancoff Stan Frankel Willis Eugene Lamb Harold Lewis Philip Morrison Arnold Nordsieck Melba Phillips Hartland Snyder George Volkoff |
Tandatangan | |
Catatan kaki / rujukan | |
Abang kepada ahli fizik Frank Oppenheimer |
Peranan beliau paling utamanya sebagai ketua kendali perang dalam Makmal Los Alamos di New Mexico pada 1942 saat meletusnya Perang Dunia Kedua, di mana beliau ditugaskan dalam Projek Manhattan membangunkan senjata-senjata nuklear terawal dunia; beliau menjalankan ujian peletupan senjata sedemikian pada 16 Julai 1945. Hasil uji kaji ini dipergunakan tentera Amerika Syarikat membangunkan bom menghancurkan kota-kota Hiroshima dan Nagasaki untuk melumpuhkan tentera Jepun; satu-satunya penggunaan senjata nuklear dalam konflik bersenjata - lalu beliau juga djiolok gelaran "bapa bom atom". Keinsafannya melibatkan diri dalam projek ini mendorongnya menjadi pelobi mendesak kawalan kuasa nuklear antarabangsa mengelakkan pengembangan senjata yang dilagakan dengan Kesatuan Soviet selain menentang pengembangan senjata sama bahaya seperti bom hidrogen sampai menyinggung perasaan beberapa pihak dalam pemerintah dan tentera AS. Beliau disoal siasat semasa zaman Ketakutan Merah atas sejarah keterlibatannya dalam Parti Komunis Amerika Syarikat sehingga dilucutkan kebenarannya memasuki makmal fizik pemerintah pada 1954.
Walaupun dilucutkan pengaruh politik langsungnya, Oppenheimer tetap meneruskan kuliah, menulis, dan bekerja dalam fizik. Pada tahun 1947, Oppenheimer menjadi pengarah Institut Kajian Lanjutan di Princeton, New Jersey, dan mengerusikan Jawatankuasa Penasihat Am yang berpengaruh bagi Suruhanjaya Tenaga Atom. Pada tahun 1963, beliau telah diberikan Anugerah Enrico Fermi sebagai hadiah tanda maaf.