Richard I dari England
From Wikipedia, the free encyclopedia
Raja Richard I (8 September 1157 – 6 April 1199) merupakan Raja England dari 6 Julai 1189 sehinggalah kemangkatan baginda. Baginda juga memerintah sebagai Duke Normandy, Aquitaine dan Gascony, Lord Cyprus, Count Poitiers, Anjou, Maine dan Nantes dan Dipertuan Brittany pada pelbagai masa dalam tempoh yang sama. Baginda merupakan paduka putera yang ketiga daripada lima putera Raja Henry II dari England dan Duchess Eleanor dari Aquitaine. Baginda dikenali sebagai Richard Cœur de Lioncode: fr is deprecated atau Richard si Hati Singa disebabkan kemasyhuran baginda sebagai seorang pemimpin tentera dan pahlawan yang hebat.[1] Baginda juga dikenali dalam bahasa Occitan sebagai Oc e No (Ya dan Tidak), disebabkan oleh kemasyhurannya dalam bersifat lemah lembut.[2]
Richard I | |
---|---|
Raja England (lagi..) | |
Pemerintahan | 6 Julai 1189 – 6 April 1199 |
Kemahkotaan | 3 September 1189 |
Didahului oleh | Raja Henry II |
Diikuti oleh | Raja John |
Pemangku raja | Permaisuri Eleanor; William de Longchamp (Perang Salib Ketiga) |
Keputeraan | (1157-09-08)8 September 1157 Istana Beaumont, Oxford, England |
Kemangkatan | 6 April 1199(1199-04-06) (umur 41) Châlus, Duci Aquitaine (kini di Limousin, Perancis) |
Pemakaman | Gereja Fontevraud, Anjou, Perancis |
Raja permaisuri | Permaisuri Berengaria |
Anakanda | Putera Philip (anakanda luar nikah) |
Kerabat | Plantagenet / Angevin[nb 1] |
Ayahanda | Raja Henry II |
Bonda | Permaisuri Eleanor |
Agama | Gereja Roman Katolik |
Keluarga Diraja Inggeris |
---|
Keluarga Diraja Plantagenet |
Fail:England-Richard-I-Arms.svg |
Henry II |
Putera-puteri |
William, Count Poitiers |
Henry, Count Anjou |
Richard I si Hati Singa |
Geoffrey II, Duke Brittany |
John |
Matilda, Duchess Saxony |
Leonora, Permaisuri Castile |
Joan, Permaisuri Sicily |
Richard I |
Menjelang usia 16 tahun, Raja Richard telah bertitah memerintah tentera baginda sendiri untuk menghentikan pemberontakan di Poitou menentang ayahanda baginda.[1] Raja Richard merupakan komander Kristian yang utama ketika Perang Salib Ketiga, memimpin kempen ketenteraan setelah keberangkatan Raja Philip II dari Perancis dan memperoleh kemenangan yang besar menentang rakan sejawat baginda yang beragama Islam, Sultan Salahuddin al-Ayyubi, walaupun baginda tidak menawan semula Baitulmaqdis dari Sultan Salahuddin al-Ayyubi.[3]