Purgatorium
From Wikipedia, the free encyclopedia
Purgatorium[1] ([pur.ga.to.ri.um]) atau Penyuci menurut kepercayaan sesetengah mazhab agama Kristian ialah suatu keadaan perantara selepas kematian fizikal untuk membersihkan atau menebus segala dosa yang pernah dilakukan di alam fana;[2] ada yang menerimanya terus seperti mazhab Katolik manakala ada juga yang menidakkan kewujudannya seperti sesetengah mazhab Barat, khususnya dalam Protestantisme. Beberapa konsep Gehenna dalam Judaisme turut dilihat serupa dengan konsep "perumah sementara" ini.
Sebahagian kandungan di laman rencana ini menggunakan istilah atau struktur ayat yang terlalu menyebelahi gaya bahasa negara tertentu hasil penggunaan semula kandungan sumber tanpa pengubahsuaian. Anda diminta mengolah semula gaya bahasa rencana ini supaya penggunaan istilah di rencana ini seimbang, selaras serta mudah difahami secara umum dalam kalangan pengguna-pengguna bahasa Melayu yang lain menggunakan laman Istilah MABBIM kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Kata nama khas dan petikan media tertentu (seperti daripada akhbar-akhbar atau dokumen rasmi) perlu dikekalkan untuk tujuan rujukan. Sumber perkamusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga disediakan. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Gereja England yang menempatkan Golongan Anglikan, secara rasminya menidakkan kewujudan ini kerana ia dilihat sebagai "Doktrin dari Roma",[3] namun mazhab-mazhab gereja Ortodoks Timur, Ortodoks Oriental, Methodist, [4] dan sebahagian puak Anglikan dan Lutheran pula ada berpendapat bahawa adanya penyucian dosa selepas kematian serta pendoaan agar si mati aman bersemadi.[5][6][7][8] Gereja-gereja Baharu turut mengajarkan bahawa mereka yang berlepas dihantar dari dosa mereka melalui proses pemuliaan.