Pilihan raya persekutuan Kanada 1957
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pilihan raya persekutuan Kanada 1957 telah diadakan pada 10 Jun 1957, bertujuan untuk memilih 265 ahli Dewan Rakyat Kanada ke Parlimen ke-23 Kanada . Antara kejutan terbesar dalam sejarah politik Kanada, Parti Konservatif Progresif (juga dikenali sebagai "PC" atau "Tories"), yang diketuai oleh John Diefenbaker, telah berjaya menurunkan pentadbiran Liberal selepas 22 tahun, di mana Tories dapat membentuk kerajaan minoriti walaupun kehilangan undi popular kepada Liberal.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
← Parlimen Kanada ke-22 Calon Dilantik → | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
265 kerusi di dalam Dewan Rakyat 133 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengundi hadir | 74.1%[1] (▲6.6pp) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
The Canadian parliament after the 1957 election | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Sejak 1935, Parti Liberal telah berjaya memenangi lima pilihan raya berturut-turut dan mentadbir Kanada. Di bawah kepimpinan Perdana Menteri William Lyon Mackenzie King dan Louis St. Laurent, kerajaan telah secara beransur-ansur membina sebuah negara kebajikan. Semasa Liberal memegang jawatan pada penggal kelima, parti pembangkang menggambarkan Liberal sebagai parti yang angkuh dan mengabaikan keperluan rakyat Kanada. Peristiwa kontroversi, seperti " Debat Saluran Paip" 1956 mengenai pembinaan Saluran Paip Trans-Kanada, telah mengeruhkan imej kerajaan. St. Laurent, digelar "Pak Cik Louis", kekal popular, tetapi tidak banyak mengawal menteri kabinetnya .
Pada tahun 1956, pemimpin Tory George A. Drew telah meletak jawatan secara mengejut atas faktor kesihatan. Kekosongan kerusi itu telah diisi parti PC oleh Diefenbaker, seorang yang berapi-api dan berkarisma. The Tories menjalankan kempen yang tertumpu kepada pemimpin baharu mereka, yang menarik orang ramai ke perhimpunan dan membuat kesan yang kuat di televisyen. Liberal walau bagaimanpun telah menjalankan kempen yang kurang bersemangat, dan St. Laurent telah membuat beberapa penampilan di kaca televisyen. Tidak selesa dengan medium tersebut, Perdana Menteri membaca ucapannya daripada skrip dan enggan memakai solek.
Tories telah menumpukan jentera kempen bagi memenenangi kerusi di lain-lain wilayah, mengabaikan strategi biasa mereka dalam percubaan membawa kemajuan besar di Quebec yang dikuasai Liberal. Mereka berjaya; walaupun hanya memenangi beberapa kerusi di Quebec, 112 kerusi keseluruhan kepada 105 kerusi kepada Liberal. Dengan baki kerusi dimenangi oleh parti lain, parti PC mempunyai kemajmukan di Dewan Rakyat, namun margin kerusi yang disandang itu mencukupi untuk menjadikan John Diefenbaker, Perdana Menteri Kanada pertama dari Tory sejak RB Bennett pada 1935.