Pilihan Raya Dewan Perwakilan Amerika Syarikat 2010 diadakan pada 2 November 2010, di separuh jalan penggal pertama Barack Obama selaku Presiden Amerika Syarikat. Pilihan raya ini mempertandingkan kesemua 435 kerusi yang mewakili 50 negeri di Amerika Syarikat.
Fakta Segera Semua 435 kerusi dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dan 5 (daripada 6) ahli bukan mengundi, Parti majoriti ...
Pilihan Raya Dewan Perwakilan Amerika Syarikat 2010|
|
|
|
Parti majoriti |
Parti minoriti |
|
|
|
Pemimpin |
John Boehner |
Nancy Pelosi |
Parti |
Republikan |
Demokrat |
Kerusi pemimpin |
Ohio ke-8 |
California ke-8 |
Pilihan raya lepas |
178 kerusi, 40.9% |
257 seats, 59.1% |
Kerusi sebelum |
179 kerusi (termasuk 1 kosong), 41.1% |
256 seats (including 1 vacancy), 58.9% |
Kerusi yang dimenangi |
239 [1] |
189 [1] |
Perubahan kerusi |
▲60 (7 tanpa bertanding) |
▼60 (7 tanpa bertanding) |
Undian popular |
44,125,159 [3] |
37,855,519 |
Peratusan |
52.1% |
44.7% |
Peralihan undi |
▲ 12.4% |
▼ 15.9% |
|
Results:
Keputusan belum diketahui Dipertahankan oleh Demokrat Dimenangi oleh Demokrat Dipertahankan oleh Republikan Dimenangi oleh Republikan |
|
|
Tutup
Parti Republikan mendapat tambahan bersih 64 kerusi dari Demokrat, sekaligus menguasai semula Dewan sejak kekalahan pada pilihan raya tahun 2006. Bilangan ini adalah kemenangan Dewan terbesar oleh sebuah parti sejak tahun 1948, dan juga yang terbesar dalam mana-mana pilihan raya separuh penggal sejak tahun 1938.[4][5] Walaupun adalah kebiasaan bagi parti yang menguasa Rumah Putih untuk kehilangan kerusi dalam pilihan raya separuh penggal, namun kekalahan Parti Demokratik ini agak luar biasa dan dipercayai berpunca daripada pengangguran tinggi (yang mencapai purata hampir 10% pada tahun itu) ekoran krisis kewangan 2007–2010, kelulusan Patient Protection and Affordable Care Act yang penuh kontroversi,[6] pendedahan Republikan yang rendah (kerana kehilangan sejumlah 55 kerusi kepada Demokrat dalam dua pilihanraya lalu) dan jumlah pengundi lebih tua dan konservatif yang lebih besar daripada biasa (25% para pengundi kali ini berusia 65 tahun ke atas).[7] Jumlah kehadiran 3% lebih tinggi daripada pilihan raya separuh penggal yang lalu.