Perumahan Warsaw
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kawasan Perumahan Warsaw (Jerman: Ghetto Warschau; Poland: Getto warszawskie) merupakan ghetto di Eropah taklukan Nazi yang terbesar bagi orang Yahudi semasa Perang Dunia II. Ia didirikan oleh pihak berkuasa Jerman Nazi di kawasan kejiranan Muranów di ibu negara Poland antara bulan Oktober hingga 16 November 1940; didalam wilayah Kerajaan Am baru di Poland taklukan Jerman. Ia menempatkan lebih 400,000 orang Yahudi dalam kawasan seluas 3.4 kilometer persegi (1.3 batu2). Dari situ, sekurang-kurangnya 254,000 penduduk di situ dihantar ke kem penghapusan Treblinka sepanjang dua bulan ketika musim panas tahun 1942.
Perumahan Warsaw ڤرومهن وارساو | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Jerman: Ghetto Warschaucode: de is deprecated |
Lokasi | Warsaw: Muranów, Powązki, Nowolipki, Śródmieście Północne, Mirów (Poland taklukan Jerman) |
Tarikh | Oktober 1940 hingga Mei 1943 |
Jenis insiden | Pemenjaraan, tembakan besar-besaran, buruh paksa, kelaparan, buang negeri |
Organisasi | Jerman Schutzstaffel (SS) |
Kem | Treblinka |
Mangsa | 300,000 Yahudi Poland |
Pendokumenan | Institut Sejarah Yahudi Muzium Sejarah Orang Yahudi Poland |
Peta lokasi menunjukkan terletaknya kawasan perumahan Warsaw. | |
sunting |
Angka kematian dalam kalangan penduduk perumahan sesak Yahudi itu, antara pengusiran ke kem penghapusan sehinggalah Großaktion Warschau dan pemberontakan ghetto Warsaw adalah sekurang-kurangnya 300,000 orang.[1][2][3][4]