Pertempuran Fredericksburg
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertempuran Fredericksburg berlangsung pada 11-15 Disember 1862, di Fredericksburg, Virginia dan kawasan sekitarnya, di antara Tentera Gabungan Amerika Virginia Utara yang diketuai oleh Jeneral Robert E. Lee dengan Tentera Potomac daripada Kesatuan Amerika yang diketuai oleh Mejar Jeneral Ambrose Burnside. Serangan secara berhadapan yang sia-sia dilakukan oleh tentera Kesatuan pada 13 Disember ke atas pertahanan Tentera Gabungan yang berkubu di belakang tanah tinggi bandar ini dikenang sebagai salah satu peperangan berat sebelah semasa Perang Saudara Amerika, dengan korban pihak Kesatuan yang lebih daripada dua kali ganda besar berbanding korban yang dialami oleh pihak Gabungan.
Pertempuran Fredericksburg | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Saudara Amerika | |||||||
Pertempuran Fredericksburg oleh Kurz dan Allison. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Amerika Syarikat (Kesatuan Amerika) | CSA (Gabungan America) | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Ambrose E. Burnside | Robert E. Lee | ||||||
Unit terlibat | |||||||
Tentera Potomac | Tentera Virginia Utara | ||||||
Kekuatan | |||||||
sekitar. 114,000 bertempur | sekitar. 72,500 bertempur | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
12,653 | 5,377 |
Rancangan Burnside adalah untuk menyeberangi Sungai Rappahannock di Fredericksburg pada pertengahan November dan mara ke ibu negeri Konfederate Amerika, Richmond, Virginia sebelum tentera Lee boleh menghalangnya. Karenah birokrasi menghalang Burnside daripada menerima jambatan ponton yang diperlukan tepat pada masanya dan Lee memindahkan tenteranya untuk menghalang penyeberangan. Apabila tentera Kesatuan akhirnya dapat membina jambatan dan menyeberang semasa pertempuran, peperangan bandar berlangsung di bandar pada 11-12 Disember. Tentera Kesatuan bersedia untuk menyerangan kedudukan bertahan Konderate di selatan bandar dan di rabung yang dibina kubu di sebelah barat bandar yang dikenali sebagai Tanah Tinggi Marye.
Pada 13 Disember , "division agung" Maj. Jeneral William B. Franklin berjaya mebolosi barisan pertahanan pertama Konfederate Lt. Gen. (CSA) Stonewall Jackson di selatan, tetapi akhirnya diundurkan. Burnside memerintah division agung Maj. Gens. Edwin V. Sumner dan Joseph Hooker untuk membuat serangan hadapat berulang terhadap kedudukan Lt. Gen. James Longstreet di tanah tinggi Marye, kesemuanya dipatahkan dengan bilangan korban yang tinggi. Pada Disember, Burnside mengundurkan tenteranya, mengakhiri satu lagi kempen Union yang gagal di Teater Tmur.