Pertempuran Aquae Sextiae
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertempuran Aquae Sextiae (Aix-en-Provence) tercetus pada 102 SM. Selepas menanggung kekalahan demi kekalahan, tentera Rom di bawah pimpinan Gaius Marius akhirnya menewaskan Teuton dan Ambones. Teuton dan Ambones telah berjaya disingkirkan oleh Rom dengan dakwaan yang menyatakan jumlah mereka yang terkorban seramai 200,000 manakala 90,000 yang lain telah ditawan[2] termasuklah bilangan besar orang perempuan dan kanak-kanak yang kemudiannya telah dijual sebagai hamba. Sebahagian daripada mereka dilaporkan telah menjadi pemberontak gladiator dalam Perang Hamba Ketiga.[3] Pertempuran Aquae Sextiae masih lagi dikenang dengan lokasi pertempuran itu telah diberi nama Mont St. Victoire.[4]
Pertempuran Aquae Sextiae | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Cimbri | |||||||
Perempuan Teuton cuba mempertahankan kem mereka, hasil lukisan Heinrich Leutemann (1882) | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Teuton Ambrones | Republik Rom | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Teutobod # | Gaius Marius | ||||||
Kekuatan | |||||||
Pertempuran menentang Ambrones Pertempuran Aquae Sextiae c. 100,000-200,000 (pahlawan daripada seluruh persekutuan puak)[1] |
Pertempuran menentang Ambrones Pertempuran Aquae Sextiae c. 32,000-40,000 (enam legiun + auxilia) | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
c. 100,000–200,000 terkorban atau ditawan | kurang daripada 1,000 terkorban |