Pertempuran Antietam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertempuran Antietam (/[invalid input: 'icon']ænˈtiːtəm/; juga dikenali sebagai Pertempuran Sharpsburg, terutama di Selatan Amerika Syarikat, berlangsung pada 17 September 1862, berhampiran Sharpsburg, Maryland, dan Anak Sungan Antietam (“Antietam Creek”), sebagai sebahagian Kempen Maryland”, merupakan pertempuran utama pertama dalam Perang Saudara Amerika Syarikat yang berlangsung di tanah Utara Amerika Syarikat. Ia merupakan pertempuran paling berdarah dalam sehari dalam sejarah Amerika Syarikat, dengan sekitar 23,000 korban.[4]
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Pertempuran Antietam | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Saudara Amerika | |||||||
Pertempuran Antietam, oleh Kurz & Allison, menggambarkan pemandangan pertempuran di Jambatan Burnside | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Amerika Syarikat (Union) | Templat:Country data CSA (Confederacy) | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
George B. McClellan | Robert E. Lee | ||||||
Kekuatan | |||||||
75,500 "hadir berkhidmat"[2] | 38,000 "engaged"[2] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
12,401 | 10,316 |
Selepas mengejar Jeneral Robert E. Lee dari Tentera Negeri Konfederate ke Maryland, Tentera Union Major Jeneral George B. McClellan melancarkan serangan terhadap tentera Robert E. Lee dalam kedudukan berkubu di belakang Anak Sungai Antietam (Antietam Creek). Pada subuh 17 September, Kor Maj. Jen. Joseph Hooker membuat serangan kuat pada sisi kiri Robert E. Lee. Serangan dan serangan balas berlangsung merentasi padang tanaman jagung Miller dan pertempuran berelangsung sekitar Geraja New Dunkers. Serangan pihak Union terhadap Jalan Terbenam akhirnya menembusi tengah Konfederate, tetapi kelebihan pihak Kebangsaan tidak digunakan. Pada waktu petang, Kor Union Maj. Jen. Ambrose Burnside menyertai aksi dan menawan jambatan batu merentasi Anak Sungai Antietam dan mara pada sisi Konfederate. Pada ssat genting, division Konfederate Maj. Jen. A.P. Hill tiba dari Harpers Ferry dan melancarkan serangan balas mengejut, mengundurkan Burnside dan mengakhiri pertempuran. Sungguhpun diatasi dari segi bilangan pada nisbah dua berbanding satu, Robert E. Lee menggunakan keseluruhan pasukannya, sementara McClellan menghantar kurang dari tiga per empat tenteranya, membolehkan Robert E. Lee menghentikan kemaraan tentera Kebangsaan. Pada waktu malam, kedua tentera mengukuhkan garisan mereka. Sungguhpun mengalami bilangan korban yang banyak, Robert E. Lee meneruskan bertempuran kecil dengan McClellan sepanjang 18 September sementara mengalihkan tenteranya yang keletihan ke selatan Sungai Potomac. [5]
Sungguhpun memiliki bilangan tentera yang lebih ramai, serangan McClellan gagal untuk mencapai penumpuan tentera, membolehkan Robert E. Lee menangkis dengan pergerakan tentera dan memindahkan garisan dalaman untuk menangani setiap cabaran. Sungguhpun mampu menggerakkan pasukan simpanan yang mencukupi bagi mengambil peluang kejayaan tempatan, McClellan gagal memusnahkan tentera Robert E. Lee. Walaubagaimanapun, serangan Robert E. Lee ke atas Maryland kemudiannya berakhir, dan dia mampu mengundurkan tenteranya balik ke Virginia tanpa gangguan dari McClellan yang lebih berhati-hati. Sungguhpun pertempuran itu secara taktikal tiada penentu, kemenangannya cukup penting untuk memberikan keyakinan pada Presiden Abraham Lincoln untuk mengumumkan Pengisytiharan Pembebasan (“Emancipation Proclamation”), yang menjauhkan kerajaan British dan Perancis dari membuat rancangan bagi mengesahkan pihak Konfederate.