Perintang antibiotik
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perintang antibiotik adalah sejenis sub-populasi mikroorganisma perintang dadah, biasanya dari spesies bakteria, biasanya ia mampu hidup selepas terdedah dengan satu ataupun banyak jenis antibiotik; perintang patogen hingga ke antibiotik berganda yang dikenali sebagai perintang pelbagai dadah (Multi Drug Resistance) atau superbugs. Berbanding manusia, mikrob lebih cenderung membangunkan perintang kepada kesan antibiotik.[1]
Perintang antibiotik dianggap sebagai suatu bentuk fenomena serius dan kian menunjukkan peningkatan dalam bidang perubatan kontemporari. Ia muncul sebagai masalah kesihatan umum yang paling terkenal pada abad ke-21 khususnya berkaitan organisma patogen (dari sudut organisma yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan manusia sejagat amnya).