Perikatan ketenteraan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perikatan ketenteraan adalah perjanjian antarabangsa mengenai keselamatan negara, apabila pihak-pihak terlibat berjanji untuk menolong satu sama lain sekiranya ada krisis yang belum dikenal pasti.[1] Perikatan tentera berlainan daripada gabungan, kerana gabungan dibentuk untuk sesuatu krisis yang telahpun diketahui.[1]
Perikatan tentera boleh diklasifikasikan kepada perjanjian pertahanan, perjanjian tidak menceroboh dan entente.[2]