Perang Badar
perang berkaitan Islam pada Ramadan 2 Hijrah / From Wikipedia, the free encyclopedia
Perang Badar (Arab: غزوة بدرcode: ar is deprecated ), berlaku pada 17 Ramadan tahun Kedua Hijrah (2 H) (17 Mac 624 M)[1][2] di Hijaz, di bahagian barat Semenanjung Arab (kini Arab Saudi). Ia pertempuran Pengepungan Baitulmaqdis (637 M) penting dalam zaman awal Islam dan merupakan titik perubahan dalam perjuangan Nabi Muhammad SAW dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy[3] di Makkah. Pertempuran ini telah diturunkan dalam sejarah Islam sebagai kemenangan muktamad disebabkan kepintaran Nabi Muhammad SAW. Walaupun ia salah satu daripada sedikit pertempuran yang disebut khusus dalam kitab suci Islam al-Qur'an, hampir kesemua pengetahuan semasa mengenai perang di Badar berasal daripada keterangan tradisional Islam, kedua-dua hadis dan sirah Nabi Muhammad SAW, ditulis berdekad selepas pertempuran tersebut.
Perang Badar | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Muslim-Quraisy | |||||||
Lukisan mohor Muhammad | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Muslim dari Madinah | Quraisy dari Makkah | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Muhammad | Amru bin Hisyam † | ||||||
Kekuatan | |||||||
313 infantri & kavalri: 2 kuda dan 70 unta | 900 infantri & kavalri: 100 kuda dan 170 unta | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
14 terbunuh |
70 terbunuh 43-70 ditawan |
Sebelum pertempuran tersebut, telah berlaku beberapa pertempuran kecil antara pihak Muslim dan Makkah pada lewat tahun 623 M dan awal tahun 624, oleh sebab ghazawāt Muslim menjadi lebih kerap. Walau bagaimanapun Badar merupakan pertempuran skala besar pertama antara dua pihak ini. Selepas mara ke kedudukan pertahanan, sahabat Nabi Muhammad SAWyang berdisiplin kuat berjaya memecahkan barisan puak Makkah dan membunuh beberapa ketua Quraisy termasuk satu daripada musuh utama Nabi Muhammad, Amru bin Hisham. Untuk Muslim awal, pertempuran ini amat penting kerana ia merupakan tanda pertama yang menggambarkan kemungkinan akhirnya mereka dapat mengalahkan musuh mereka di Makkah. Makkah pada masa itu merupakan salah satu daripada kota Jahiliyah yang paling kaya dan paling berkuasa di Semenanjung Arab, yang menghantar sepasukan tentera tiga kali lebih besar dari pihak Muslim. Kemenangan Muslim juga memberi isyarat kepada suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab dan juga menguatkan kuasa Muhammad sebagai ketua masyarakat Madinah yang sering bertelagah sebelumnya. Suku Arab tempatan mula memeluk Islam dan berpakat dengan Muslim dari yathrib
dan dengan demikianlah perkembangan Islam bermula.