Pentadbiran tentera Jerman di taklukan Perancis semasa Perang Dunia II
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pentadbiran Tentera di Perancis (Jerman: Militärverwaltung in Frankreichcode: de is deprecated ; Perancis: Occupation de la France par l'Allemagnecode: fr is deprecated ) adalah pihak berkuasa pendudukan interim yang ditubuhkan oleh Jerman Nazi semasa Perang Dunia II untuk mentadbir zon yang diduduki di kawasan utara dan barat Perancis. Zone occupéecode: fr is deprecated yang disebut ini dinamakan semula sebagai zone nordcode: fr is deprecated ("zon utara") pada November 1942, sementara zon yang tidak diduduki di selatan dikenali sebagai zone librecode: fr is deprecated ("zon bebas") juga dijajah dan dinamakan semula sebagai zone sudcode: fr is deprecated ("zon selatan").
Pentadbiran Tentera di Perancis | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1940–1944 | |||||||||||||
| |||||||||||||
Status | Wilayah jajahan dibawah pentadbiran tentera Jerman | ||||||||||||
Ibu negara | Paris | ||||||||||||
Panglima Tentera | |||||||||||||
• 1940–1942 | Otto von Stülpnagel | ||||||||||||
• 1942–1944 | C.H. von Stülpnagel | ||||||||||||
• 1944 | Karl Kitzinger | ||||||||||||
Era Sejarah | Perang Dunia II | ||||||||||||
22 Jun 1940 | |||||||||||||
• Kes Anton | 11 November 1942 | ||||||||||||
25 Ogos 1944 | |||||||||||||
|
Peranannya di Perancis telah di atur oleh syarat-syarat yang ditetapkan oleh Perletakan Senjata Kedua di Compiègnecode: fr is deprecated selepas kejayaan blitzkriegcode: de is deprecated Wehrmachtcode: de is deprecated yang menyebabkan Kejatuhan Perancis; pada masa yang sama pihak Perancis dan Jerman menganggap penjajahan itu bersifat sementara dan hanya tamat sehingga Britain mencapai kesepakatan, yang diyakini akan segera berlaku. Sebagai contoh, Perancis bersetuju bahawa askar-askar akan kekal sebagai tawanan perang sehingga semua permusuhan dihentikan.
"Negara Perancis" (État françaiscode: fr is deprecated ), walaupun dari segi teori memperluaskan kedaulatannya diseluruh negara tetapi secara praktikal menggunakan kuasanya pada zon bebas, menggantikan Republik Ketiga Perancis yang telah dibubarkan. Oleh kerana Paris terletak didalam zon yang diduduki, kerajaannya yang berpusat di bandar Vichy, dalam negeri Auvergnecode: fr is deprecated , dan dengan itu ia lebih dikenali sebagai Perancis Vichy.
Walaupun kerajaan Vichy pada teorinya bertanggungjawab atas seluruh Perancis, pentadbiran tentera di zon yang diduduki adalah dibawah penguasaan de factocode: la is deprecated Nazi. Pemerintahan Nazi diperluas ke zon bebas apabila ia diceroboh oleh Jerman dan Itali semasa Kes Antoncode: fr is deprecated pada 11 November 1942 sebagai tindak balas kepada Operasi Torch, iaitu pendaratan tentera Bersekutu di Afrika Utara Perancis pada 8 November 1942. Kerajaan Vichy kekal wujud, namun kuasanya kini sangat terbatas.
Pentadbiran tentera Jerman di Perancis berakhir dengan Pembebasan Perancis selepas pendaratan Normandy dan Provence. Ia secara rasmi wujud dari bulan Mei 1940 sehingga Disember 1944, walaupun sebahagian besar wilayahnya telah dibebaskan oleh tentera Bersekutu pada akhir musim panas 1944.