Pengepungan Belgrade (1456)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengepungan Belgrade, atau Pertempuran Belgrade atau Pengepungan Nándorfehérvár terjadi antara 4-22 Julai 1456. Selepas kejatuhan Constantinople pada tahun 1453, Sultan Uthmaniyyah Mehmed II mengumpulkan tentera beliau untuk menguasai Kerajaan Beraja Hungary. Objektif utama beliau adalah sebuah kubu sempadan yang terletak di bandar Belgrade (dalam bahasa Hungary Tua Nándorfehérvár). John Hunyadi, seorang Voivode Transylvania, yang telah terlibat dalam banyak pertempuran dengan Turki sejak dua dekad sebelumnya, menyediakan pertahanan kubu.
Pengepungan Belgrade (Nándorfehérvár) | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyyah di Eropah Perang Hungary-Uthmaniyyah | |||||||
Sebuah lukisan Uthmaniyyah semasa Pengepungan Belgrade 1456 | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Kerajaan Beraja Hungary Tentera Salib yang terdiri dari petani dan rekrut tempatan | Empayar Uthmaniyyah | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
John Hunyadi John dari Capistrano Michael Szilágyi |
Sultan Mehmed II Wazir Besar Zagan Pasha | ||||||
Kekuatan | |||||||
Sekitar 4,000 anggota yang bersenjata lengkap[1] A motley army of some 60,000 (mostly crusader peasants and citizens of Belgrade)[2] 200 boats[3] |
30,000;[4] higher estimates of 100,000[5][6] 200 vessels[7] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Tidak diketahui |
13,000 orang[8] 200 galleys[9] 300 cannons[9] |
Pengepungan ini merebak menjadi pertempuran penting, semasa Hunyadi mengetuai serangan balas ke atas kem Uthmaniyah, telah berjaya mencederakan Mehmed II yang mana membuatkan beliau membatalkan kepungan dan berundur. Pertempuran ini menghasilkan keputusan yang penting di mana ia berjaya menstabilkan perbatasan selatan Hungary untuk lebih setengah abad dan oleh itu melambatkan Uthmaniyyah kemaraan ke Eropah.
Paus juga merayakan kemenangan ini, apabila sebelumnya beliau telah mengarahkan kesemua kerajaan beraja Katolik untuk berdoa untuk kemenangan para pertahanan di Belgrade. Peristiwa ini menyebabkan upacara membunyikan loceng pada waktu tengahari yang masih dilakukan oleh gereja-gereja Katolik dan Protestant Tua pada hari ini. Hari Kemenangan, 22 Julai menjadi hari peringatan di Hungary sejak itu.[10]