Pengangkutan untuk London
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengangkutan untuk London (TfL; Bahasa Inggeris: Transport for London) adalah sebuah badan kerajaan tempatan yang bertanggungjawab untuk sistem pengangkutan di London Raya, England. [2]
Transport for London | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | TfL |
Jenis/bentuk sah | Perbadanan statutori |
Status undang-undang | Agensi eksekutif dalam GLA |
Tujuan | Pihak berkuasa pengangkutan |
Industri | Pengangkutan awam |
Tapak web | tfl |
Sejarah | |
Pendahulu | London Regional Transport |
Dibentuk | 3 Julai 2000 (Akta Pihak Berkuasa London Raya 1999) di London |
Pengurusan | |
Pengerusi | Datuk Bandar London Sadiq Khan |
Pesuruhjaya | Mike Brown |
Organisasi utama |
|
Organisasi induk | Pihak Berkuasa London Raya (GLA) |
Subsidiari | Keretapi Ringan Docklands, London Underground Limited |
Perangkaan | |
Belanjawan | 2015–16: £11.5 billion (40% of this from fares)[1] |
Kakitangan/pekerja | 28,000 |
Lokasi | |
Kawasan yang dipertanggungjawabkan dalam England | |
Ibu pejabat | 5 Endeavour Square, London, United Kingdom, E20 1JN |
Lokasi | |
Kawasan perkhidmatan | London Raya |
sunting · sunting di Wikidata |
TfL bertanggungjawab atas rangkaian jalan utama di London, pelbagai rangkaian kereta api termasuk London Underground, London Overground, Keretapi Ringan Docklands dan Rel TfL. TfL tidak mengawal perkhidmatan Rel Nasional di London, namun, TfL bertanggunjawab untuk trem, bas dan teksi London, penyediaan laluan berbasikal, dan untuk perkhidmatan feri sungai. Perkhidmatan asas disediakan oleh campuran syarikat subsidiari milik penuh (terutamanya London Underground), oleh francais sektor swasta (perkhidmatan keretapi, trem dan kebanyakan bas) dan oleh pemegang lesen (beberapa bas, teksi dan perkhidmatan feri sungai). TfL juga bertanggungjawab, bersama-sama dengan Jabatan Pengangkutan Negara (DfT), untuk pemantauan pembinaan laluan Crossrail baru, dan akan bertanggungjawab untuk memfrancaiskan operasinya setelah selesai pembinaannya.[3]
Pada tahun kewangan 2015-16, TfL mempunyai belanjawan sebanyak £11.5 billion, 40% datang daripada kutipan tambang. Selebihnya terdiri daripada pembiayaan kerajaan (23%), pinjaman (20%), Caj Kesesakan dan lain-lain pendapatan (9%) dan pembiayaan Crossrail (8%).