Penerbangan 182 Sriwijaya Air
penerbangan penumpang domestik yang dijadualkan di Indonesia, hilang pada 9 Januari 2021 / From Wikipedia, the free encyclopedia
Penerbangan 182 Sriwijaya Air (SJ182/SJY182) ialah penerbangan penumpang domestik yang dikendalikan oleh Sriwijaya Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang ke Lapangan Terbang Supadio, Pontianak, Kalimantan Barat. Pada 9 Januari 2021, pesawat Boeing 737–524 itu hilang dari radar empat minit selepas berlepas. Pegawai rasmi mengesahkan bahawa pesawat itu terhempas di perairan di luar Kepulauan Seribu, beberapa 19 km (12 bt; 10 nmi) dari lapangan terbang.
Rencana ini menerangkan insiden penerbangan baru-baru ini. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. (Januari 2021) |
Kemalangan | |
---|---|
Tarikh | 09 Januari 2021 (2021-01-09) |
Ringkasan | Terhempas; masih dalam siasatan (pencarian masih berjalan) |
Tapak kejadian | Berdekatan Pulau Laki, Kepulauan Seribu, Laut Jawa 05°57′36″S 106°34′30″E |
Pesawat | |
Jenis pesawat | Boeing 737-524 |
Nama pesawat | Citra |
Pengendali | Sriwijaya Air |
No. penerbangan IATA | SJ182 |
No. penerbangan ICAO | SJY182 |
Huruf pengenalan | SRIWIJAYA 182 |
Kod pendaftaran | PK-CLC |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia |
Destinasi | Lapangan Terbang Supadio, Pontianak, Indonesia |
Penghuni | 62 |
Penumpang | 50 |
Anak kapal | 12 (termasuk 6 kru tidak aktif)[2][3][4] |
Hilang | 62 |
Berdasarkan laporan dari nelayan tempatan di kawasan itu, pencarian pesawat segera dimulakan. Walaupun serpihan, mayat manusia, dan pakaian telah dijumpai, pencarian serpihan pesawat penuh dan semua mayat penumpang masih dilakukan. Kedudukan perakam suara kokpit dan data penerbangan berada di pihak berkuasa Indonesia dan perakam data penerbangan telah dijumpai pada 12 Januari.