Pencemaran tanih
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pencemaran tanah atau pencemaran tanih adalah disebabkan oleh kehadiran xenobiotik bahan kimia (buatan manusia) atau perubahan lain pada persekitaran tanah semulajadi. Ia biasanya disebabkan oleh aktiviti industri, bahan kimia pertanian, atau pelupusan sisa tidak wajar. Bahan kimia yang paling biasa terbabit ialah pelarut, racun perosak, plumbum, dan lain-lain logam berat. Pencemaran ini dikaitkan dengan tahap perindustrian dan intensiti penggunaan kimia.Kebimbangan mengenai pencemaran tanah berpunca terutamanya pada risiko kesihatan, akibat sentuhan secara langsung dengan tanah yang tercemar, wap daripada bahan cemar, dan dari pencemaran kedua bekalan air dalam dan di bawah tanah.[1]
Rencana ini memerlukan banyak pautan ke rencana lain bagi membantu mengintegrasikan ke dalam ensiklopedia. (Disember 2021) |
Pemetaan laman tanah yang tercemar dan hasil pembersihan merupakan tugasan yang memakan masa dan mahal, memerlukan sejumlah luas kemahiran geologi, hidrologi, kimia, kemahiran pemodelan komputer, dan GIS bagi Pencemaran Alam Sekitar, dan juga pemahaman mengenai sejarah sisa kimia. Bahan buangan dari kilang juga merupakan punca pencemaran tanah.
Di Ameika Utara dan Eropah Barat tahap pencemaran tanah paling baik diketahui, dengan kebanyakan negara memiliki rangka kerja perundangan bagi mengenal pasti dan menangani masalah alam sekitar ini. Negara membangun biasanya kurang diselia dungguhpun sebahagian dari mereka telah mengalami proses perindustrian yang pesat dan banyak.