Pemberontakan Kumpulan Wagner
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pada 23 Jun 2023, Kumpulan Wagner, kumpulan separa tentera Rusia, memberontak terhadap tentera Rusia. Pemberontakan jenis dahagi itu berlaku berikutan peningkatan ketegangan antara pemimpin Wagner, Yevgeny Prigozhin, dan Kementerian Pertahanan Rusia.[10]
Pemberontakan Kumpulan Wagner | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada pencerobohan Rusia ke Ukraine | |||||||
Keadaan kenteteraan di Rusia[note 1] Rusia
Kemaraan PMC Wagner | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
| |||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
| |||||||
Kekuatan | |||||||
25,000 (menurut Prigozhin)[5] | Tidak diketahui | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
1 teknikal UAZ musnah[6] | 12 maut; lima helikopter dan 1 pesawat pengangkut ditembak;[note 2];satu helikopter Mi-8MTPR-1 rosak; 1 MRAP dan IMV dirampas.[6] |
Prigozhin menyifatkan pemberontakan itu sebagai balas dendam atas apa yang dikatakannya sebagai serangan terhadap tenteranya oleh kementerian.[11][12] Dia menolak justifikasi kerajaan berkenaan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine,[13] menyalahkan menteri pertahanan Sergei Shoigu atas kegagalan ketenteraan negara itu,[14] dan menuduhnya menjalankan perang untuk kepentingan elit Rusia.[15] [16] Sebagai tindak balas, Khidmat Keselamatan Persekutuan (FSB) membuka kes jenayah terhadap Prigozhin kerana "menghasut pemberontakan bersenjata".[12][17] Dalam ucapan di televisyen pada 24 Jun, Putin menyebut tindakan Wagner sebagai pengkhianatan dan berikrar untuk menyekat pemberontakan itu.[12][18]
Tentera Prigozhin mendakwa telah mengambil Rostov-on-Don,[19] pusat logistik kritikal, dengan ibu pejabat tentera utama seperti Daerah Tentera Selatan,[20] dan dilaporkan mara ke arah Voronezh, kemudiannya Lipetsk,[21] dan berhasrat untuk sampai ke ibu kota Moscow.[22] Selepas memeterai perjanjian dengan presiden Belarus Alexander Lukashenko,[23] Prigozhin bersetuju untuk berundur,[24] dan setakat 11:00 malam, mula berundur dari Rostov-on-Don.[25]